
Universal Pictures telah mengeluarkan trailer Trolls Band Together, ansuran ketiga dari francais animasi muzikal blockbuster terkenal. Filem ini dijadualkan tayangan pada 17 November 2023.
Trailer terbaru itu menyerlahkan pertemuan semula keluarga besar Poppy lakonan Anna Kendrick dan Branch lakonan Justin Timberlake, ketika mereka berdua bertemu dengan adik beradik mereka yang telah lama hilang.
Masa lalu Branch sebagai bekas ahli kumpulan lelaki terbongkar selepas abangnya John Dory tiba-tiba muncul untuk meminta bantuannya menyelamatkan abang mereka Floyd daripada kurungan. Treler itu juga memberikan peminat coretan lagu terbaharu NSYNC dalam tempoh lebih dua dekad bertajuk “Better Place.”
Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:
Trolls Band Together diarahkan oleh Walt Dohrn dan Tim Heitz. Selain Kendrick dan Timberlake, filem ini juga akan menampilkan kepulangan Zooey Deschanel sebagai Bridget, Christopher Mintz-Plasse sebagai Gristle, duo Icona Pop Aino Jawo dan Caroline Hjelt sebagai Satin dan Chenille, Anderson Paak sebagai Putera D, pelawak Ron Funches sebagai Cooper, Kunal Nayyar sebagai Guy Diamond dan Kenan Thompson sebagai Tiny Diamond.
Threequel ini juga akan memperkenalkan pelakon baharu seperti Troye Sivan sebagai Floyd, Eric André sebagai John Dory, Daveed Diggs sebagai Spruce, Kid Cudi sebagai Clay, Amy Schumer sebagai Velvet, Andrew Rannells sebagai Veneer, Camila Cabello sebagai Viva, Zosia Mamet sebagai Crimp, dan RuPaul Chares sebagai Miss Maxine.
“Selepas dua filem persahabatan sejati dan bercumbu tanpa henti, Poppy dan Branch kini secara rasmi, akhirnya, menjadi pasangan (#broppy)! Apabila mereka semakin dekat, Poppy mendapati bahawa Branch mempunyai masa lalu yang rahsia. Dia pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan lelaki terkenal kegemarannya, BroZone, bersama empat abangnya: Floyd, John Dory, Spruce, dan Clay.” Menurut sinopsis.
“BroZone dibubarkan ketika Branch masih bayi, begitu juga dengan keluarga, dan Branch tidak pernah melihat abang-abangnya sejak itu,”
“Tetapi apabila saudara kepada Branch, Floyd diculik kerana bakat muziknya oleh sepasang penjahat bintang pop —Velvet and Veneer—Branch dan Poppy memulakan perjalanan yang mengerikan dan penuh emosi untuk menyatukan semula saudara-saudara yang lain dan menyelamatkan Floyd daripada nasib yang lebih buruk daripada kekaburan budaya pop.”