Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa


Vin Diesel telah umumkan tarikh tayangan Fast X Part 2.

Tahun ini, penonton diseluruh dunia telah menyaksikan aksi luar akal Fast X, filem kesepuluh dalam saga Fast and Furious utama.

Selepas filem itu tamat, peminat mungkin tertanya-tanya bila filem seterusnya akan berlumba ke pawagam. Bintang utama francais, Vin Diesel, baru-baru ini kongsikan tarikh tayangan untuk bahagian kedua Fast X – dan menafikan khabar angin mengenai sengketanya dengan Jason Momoa. 

Tarikh tayangan Fast X Part 2 ditetapkan pada 4 April 2025, dua tahun selepas tayangan bahagian pertama. 

Diesel juga sempat memuji Momoa, yang membintangi Fast X sebagai penjahat Dante Reyes. 


“Saya suka betapa ekspresif dan kolaboratif semua pelakon dalam francais kami,” memetik catatannya.

“Jason mahu mencuba sesuatu yang benar-benar unik dan istimewa dan akhirnya mencipta watak yang tidak akan dilupakan. Terima kasih semua kerana menyokong seperti kebiasannya.”

Diesel berkongsi catatanya itu selepas terdapat laporan yang mengatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan prestasi Jason Momoa yang memberi kesan pada filem Fast X. 


Related posts

Vin Diesel Bengang Dengan Lakonan ‘Berlebihan’ Jason Momoa Dalam ‘Fast X’

Kakimuvee

[VIDEO] Dwayne Johnson Tamatkan Pertelingkahannya Dengan Vin Diesel

Kakimuvee

Spin-Off & Filem Wanita ‘Fast & Furious’ Kini Sedang Dalam Pembangunan – Vin Diesel

Kakimuvee

‘Fast X’ Gagal Atasi Kutipan Minggu Pembukaan ‘Fast 9’

Kakimuvee

Review Filem: Fast X (2023)

Kakimuvee

Babak Kredit ‘Fast X’ Bakal Mengejut Peminat ‘Fast & Furious’

Kakimuvee