Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jon Landau Kongsi Gambar Belakang Tabir ‘Avatar 3’


Avatar: The Way of Water telah memperkenalkan puak Na’vi laut kepada penonton, dan berlatarkan di dunia lautan. Filem ketiga yang akan datang menyaksikan lebih banyak dunia Pandora akan diterokai.

Avatar 3 telahpun dirakam, dan dijangka memperkenalkan puak Na’vi yang digelar Ash People. Buat masa ini, butiran plot untuk filem akan datang masih lagi disimpan rapi, tetapi apa yang pasti, penonton akan dibawa ke tempat baru. 

Sementara peminat sabar menanti filem ketiga, penerbit francais Jon Landau sempat berkongsi gambar terbaru dari set penggambaran Avatar 3, yang menampilkan watak Jake dan karakter misteri. 

Ada kemungkinan watak itu adalah Kiri atau Neytiri, dan terdapat juga spekulasi yang mengatakan ia ada Varang Oona Chaplin, salah seorang anggota puak api yang dikenali sebagai Ash People. 

“Setiap filem Avatar adalah usaha yang menarik tetapi epik yang memerlukan masa untuk membawa ke tahap kualiti yang kami perjuangkan sebagai pembuat filem dan yang penonton telah jangkakan,” kata Landau. “Pasukan bekerja keras dan tidak sabar untuk membawa penonton kembali ke Pandora pada Disember 2025.”


Anda boleh lihat gambar terbaru Avatar 3 dibawah:


Related posts

Ancaman AI, James Cameron Telah Beri Amaran Pada 1984, Tapi Ramai Tidak Mahu Dengar

Kakimuvee

James Cameron Sahkan Sekuel Alita: Battle Angel Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Avatar 3, 4, & 5 Ditunda, Disney Dedah Tarikh Baharu

Kakimuvee

James Cameron Sedang Menghasilkan Filem Baharu ‘Terminator’, Akan Diinspirasikan Dari Teknologi ‘AI’

Kakimuvee

Sensasi Global “Avatar: The Way of Water” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada Jun Ini.

Kakimuvee

Alita: Battle Angel 2 Akan Menggunakan Teknologi “Avatar 2”

Kakimuvee