Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Aksi Lagak Ngeri ‘Extraction 2’ Dibantu Veteran ‘Pararescuemen’


Sejak ditayangkan di Netflix, Extraction 2 segera menjadi trending di serata dunia, dan salah satu sebabnya adalah adegan-adegan aksinya yang cukup mendebarkan.

Dalam memberikan adegan aksi yang diharapkan peminat, pengarah Sam Hargrave dan krew telah merancang selama berminggu-minggu sebelum mereka memulakan rakaman, dan semua itu sukar untuk dibuat tanpa khidmat pakar kerana aksi lagak ngeri yang mereka lakukan sangat merbahaya dan berpotensi mengakibatkan kemalangan di set penggambaran.

Bagi memberi gambaran kepada peminat tentang bagaimana adegan-adegan aksi dalam filem itu dibuat, Netflix Geeked telah kongsikan video belakang tabir yang memaparkan kerja-kerja lagak ngeri yang sangat mendebarkan.

Dalam video tersebut, pengarah Sam Hargrave telah mendapatkan khidmat bekas pasukan khas tentera AS ‘Pararescumen’ dimana pasukan itu telah menggunakan pengalaman mereka sebagai bekas anggota tentera untuk melakukan aksi-aksi lagak ngeri yang merbahaya. 

Anda boleh tonton video dibawah:


Check out more titles that are coming to Netflix in July 2023 below:

“Selepas hampir tidak terselamat dalam peristiwa filem pertama, Rake kembali sebagai tentera upahan operasi rahsia Australia, ditugaskan dengan satu lagi misi yang membawa maut: menyelamatkan keluarga yang dipukul samseng Georgia yang kejam dari penjara tempat mereka ditahan.” menurut  sinopsis Extraction 2.

Extraction 2 sekali lagi diarahkan oleh Sam Hargrave berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Joe Russo. Sama seperti filem pertama, ia juga diterbitkan oleh pengarah Avengers: Endgame, Anthony dan Joe Russo melalui sepanduk AGBO mereka bersama-sama dengan Hemsworth.

BACA: REVIEW EXTRACTION 2

Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee