Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sensasi Global “Avatar: The Way of Water” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada Jun Ini.


Selepas tayangan teater yang bersejarah, sensasi global dari James Cameron, Avatar: The Way Of Water, bakal membuat debut di Disney+ Hotstar pada 7 Jun ini. 

Lebih menarik, ia turut mengandung beberapa kandungan bonus yang menampilkan pengarah, para pelakon dan krew.

Avatar: The Way of Water telah membuat debut pawagam pada 16 Disember yang lalu, dan segera menjadi filem ketiga paling laris sepanjang zaman dengan kutipan hampir AS$2.32 juta dolar. Filem tersebut bukan sahaja mendapat beberapa pencalonan di Anugerah Akademi, malah turut menjadi penanda aras baharu untuk kesan khas. 

Diterbitkan oleh Cameron, bersama rakan kolaborasinya, Jon Landau, filem terbitan 20th Century Studios dengan kerjasama Lightstorm Entertainment, menampilkan barisan pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldaña, Sigourney Weaver, Stephen Lang, Cliff Curtis dan Kate Winslet

Ditetapkan sedekad selepas filem pertama, Avatar: the Way of Water  mengikuti bab seterusnya kehidupan Jake (Sam Worthington) dan Neytiri (Zoe Saldana) yang kini menjadi ibu bapa. Kehidupan bahagia dan damai keluarga mereka tiba-tiba berubah dengan kembalinya operasi perlombongan RDA di Pandora, yang dalam filem pertama, telah dikalahkan dan dihantar semula ke Bumi.


REVIEW: AVATAR: THE WAY OF WATER


Related posts

Siri Psikothriller Jepun “GANNIBAL” Disambung Untuk Musim Ke-2

Kakimuvee

Teaser Trailer Percy Jackson and The Olympians Pratonton Adaptasi Terbaru Disney+

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

MOVING Pecah Rekod, Jadi K-Drama Paling Ramai Penonton Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Aksi Komedi Korea “Han River Police” Akan Debut Pada 13 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee