Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Cameron Sedang Menghasilkan Filem Baharu ‘Terminator’, Akan Diinspirasikan Dari Teknologi ‘AI’


James Cameron sedang membangunkan filem baharu Terminator!. Bagaimanapun, pengarah itu merancang untuk membiarkan dunia AI berkembang terlebih dahulu sebelum menyiapkannya. 

Bercakap semasa kemunculannya di Persidangan Dell Tech World, Cameron mendedahkan bahawa dia kini sedang dalam proses menulis filem baharu Terminator – dan ianya telah bermula kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun, pengarah itu berkata, dia tidak merancang untuk menyiapkannya dalam masa terdekat sehinggalah teknologi AI berkembang sepenuhnya. 

Perkembangan ini sudah tentu mengejutkan ramai peminat, khususnya peminat Terminator. Sebelum ini, ketika membincangan kemungkinan filem terbaru Terminator, Cameron berkata dia tidak pasti sama ada filem itu ada dalam perancangannya. 

Namun begitu, Cameron memberitahu, jika dia ingin membuat filem baharu itu, ia mungkin memberi fokus pada sisi ‘AI’.

“Sekiranya saya membuat satu lagi filem Terminator, dan mungkin cuba melancarkan semula francais itu, saya akan membuat lebih banyak tentang sisi AI, berbanding dari menceritakan robot jahat yang menjadi gila,” dedah Cameron semasa kemunculannya di podcast Wondery and Amazon’s Smartless pada Disember tahun lalu. 


Sebelum ini, Terminator: Dark Fate dikatakan menjadi permulaan kepada trilogi baharu, namun kegagalan box office nya telah menyebabkan perancangan filem seterusnya telah dibatalkan. 


Related posts

Ancaman AI, James Cameron Telah Beri Amaran Pada 1984, Tapi Ramai Tidak Mahu Dengar

Kakimuvee

James Cameron Sahkan Sekuel Alita: Battle Angel Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Jon Landau Kongsi Gambar Belakang Tabir ‘Avatar 3’

Kakimuvee

Avatar 3, 4, & 5 Ditunda, Disney Dedah Tarikh Baharu

Kakimuvee

Sensasi Global “Avatar: The Way of Water” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada Jun Ini.

Kakimuvee

Seni konsep ‘Avatar 3’ Dedah Lokasi Baharu Pandora Yang Bakal Diterokai

Kakimuvee