
Pengarah James Cameron telah memberikan perkembangan yang mengujakan kepada peminat yang lama menantikan sekuel Alita: Battle Angel.
Semasa temubual dengan Forbes, Cameron mengesahkan bahawa mereka kini sedang mengerjakan sekuel filem adaptasi itu, dan akan memastikan filem tersebut akan mendapat beberapa filem seterusnya.
Dia juga menjelaskan bahawa, salah satu sebab dia menjual kediaman pantainya di California adalah kerana dia mempunyai terlalu banyak projek yang mendorong pergi ke tempat lain.
“Semasa Avatar, saya bekerja di Wellington dan Los Angeles. Dan untuk filem terbaru Alita: Battle Angel, saya bekerja di Austin, jadi tempat itu tidak sesuai untuk kami lagi.”
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini sejak debut Alita, Cameron dan penerbit Jon Landau telah mengusik minat Disney untuk memberikan sekuel kepada filem itu.
Pada penghujung 2022, Landau mendedahkan bahawa dia dan Cameron telah bertemu dengan Rodriguez, dan perkembangan terbaru yang didedahkan Cameron kini nampaknya mengesahkan bahawa perbincangan mereka telah membuahkan hasil.
Ini ditambah pula dengan komitmen Disney yang mahu meneruskan francais yang diambil alih dari 20th Century Fox seperti Alien dan Planet of the Apes – Alita adalah salah satu dari francais yang berada dibawah sepanduk 20th Century Fox yang diberikan sekuel.
Filem tahun 2019, Alita: Battle Angel diarahkan oleh Robert Rodriguez daripada skrip yang ditulis oleh James Cameron, Laeta Kalogridis, dan Rodriguez. Berdasarkan siri manga Gunnm oleh Yukito Kishiro, Alita: Battle Angel diterbitkan oleh Cameron dan Jon Landau.
Alita: Battle Angel turut dibintangi Christoph Waltz, Jennifer Connelly (Top Gun: Maverick), pemenang Anugerah Akademi Mahershala Ali (Moonlight, Green Book), Ed Skrein (Deadpool), dan Jackie Earle Haley.
Ia merupakan filem terakhir 20th Century Fox yang ditayangkan dibeli Disney, dan ia juga telah memperoleh kutipan kasar di seluruh dunia lebih $405 juta di box office.