Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Idris Elba Dilaporkan Positif Coronavirus


Idris Elba menjadi mangsa terbaru virus coronavirus selepas disahkan positif ujian makmal. Aktor tersebut mengumumkan status kesihatannya kepada peminat menerusi video yang dimuatnaik dilaman sosial Twitter miliknya.

“Pagi ini saya disahkan positif Covid 19”, “Saya merasa sihat, saya tidak mempunyai simptom setakat ini tetapi telah mengasingkan diri sejak saya mengetahui bahawa saya terdedah dengan virus itu”

Menurut aktor itu lagi, dia telah menjalani ujian Coronavirus pada Jumaat yang lalu selepas terdedah dengan individu yang disahkan positif virus tersebut.

“Ini sangat serius” – ujarnya ketika muncul bersama isterinya, Sabrina didalam sebuah video. “Sekarang adalah masa untuk memikirkan tentang menjarakkan hubungan sosial, mencuci tangan anda.”

“Kami hidup di dunia yang terbahagi sekarang – kita semua boleh merasakannya,” katanya lagi.


“Sekarang adalah masa untuk perpaduan, masa untuk berfikir tentang antara satu sama lain. “

Elba kini menjadi selebriti terbaru yang disahkan positif Covid-19, selepas Tom Hanks, Rita Wilson dan bekas gadis Bond, Olga Kurylenko.


Related posts

Idris Elba Tidak Lagi Berminat Dengan Peranan James Bond Selepas Menerima Kecaman Berunsur Perkauman

Kakimuvee

San Diego Comic-Con Tahun Ini Telah Dibatalkan Secara Rasmi

Kakimuvee

Dua Panggung Wayang Utama Tutup Operasi, Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Kakimuvee

Warner Bros. Gantung Produksi THE BATMAN Selama 2 Minggu

Kakimuvee

Sejumlah Besar Produksi Hollywood Telah Dihentikan Akibat Coronavirus

Kakimuvee

Pandemik Coronavirus Memaksa Tayangan Filem-Filem Blockbuster Ditunda

Kakimuvee