Slot Tempatan

Dua Panggung Wayang Utama Tutup Operasi, Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Views

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, dua panggung wayang utama negara iaitu GSC dan TGV mengeluarkan notis penutupan operasi selama tempoh 2 minggu mulai 18 Mac ini.

Penutupan dibuat bagi mematuhi pekara 6, Perintah Kawalan Pergerakan yang mengarahkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmantan penting negara.

Bagi pengunjung yang telah membuat pembelian tiket secara atas talian sebelum pengumuman dibuat, bayaran semula akan dibuat secara automatik, manakala pembelian di kiosk atau kaunter tiket, anda diminta untuk menyimpan terlebih dahulu tiket sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada 16 Mac, jam 10 malam, Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin serius.

 

View this post on Instagram

 

Dear TGV moviegoers, please take note of this very important announcement. Stay healthy and protected ALWAYS. #TGVCares ❤

A post shared by TGV Cinemas (@tgvcinemas) on

 

View this post on Instagram

 

Dear Malaysians, here’s an important announcement. Take care, and be strong. #GSCLoveYou3000 💖

A post shared by GSC Cinemas (@gscinemas) on

Tinggalkan Balasan

shares