Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandemik Coronavirus Memaksa Tayangan Filem-Filem Blockbuster Ditunda

Selepas WHO mengistiharkan Pandemik COVID-19 (Coronavirus), beberapa studio Hollywood telah bertindak menarik balik tarikh tayangan beberapa filem mereka dari jadual tayangan.

Disney dilaporkan telah menangguhkan tarikh tayangan Mulan dan filem seram Antlers ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Begitu juga anak syarikat Disney, 20th Century Studios yang menunda tarikh tayangan The New Mutants ke tarikh tayangan yang baru. Mulan baru sahaja membuat tayangan perdana, dan sepatutnya menemui penonton pada 27 Mac ini, manakala The New Mutants sepatutnya dijadualkan tayangan pada 3 April.

Satu lagi filem bulan Mac iaitu  A Quiet Place: Part II turut ditunda ke tarikh tayangan baru yang akan diumumkan kelak. Pekara tersebut didedahkan Paramount Studios selepas melihat keadaan wabak yang masih belum reda. Pihak studio juga turut menarik balik jadual tayangan dua filem terbitan mereka iaitu The Lovebirds dan Blue Story selepas beberapa jam membuat keputusan menunda tayangan filem A Quiet Place: Part II. 

Sementara itu, Universal Pictures membuat langkah drastik dengan menganjak tarikh tayangan Fast & Furious 9 dari tayangan asal iaitu 22 Mei ini ke tarikh baru iaitu 2 April 2021, lebih kurang satu tahun dari tarikh tayangan asal.

Sebelum ini, filem terbaru James Bond, No Time to Die terlebih dahulu menukar tarikh tayangan dari April ke 25 November 2020 susulan wabak Coronavirus yang melanda dunia. Filem lain yang turut ditunda adalah My Spy yang ditukar tarikh tayangan dari 13 Mac ke 17 April.

Related posts

“Black Panther: Wakanda Forever” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada 1 Februari Ini

Kakimuvee

‘Avatar: The Way of Water’ Menjadi Filem Terbaru James Cameron Yang Mendapat Kutipan AS$2 Billion

Kakimuvee

Reboot ‘Friday the 13th’ Sedang Dibangunkan Oleh Pengarah Asal

Kakimuvee

‘Payakan’ Akan Kembali Dalam ‘Avatar 3’

Kakimuvee

Reunion Mighty Morphin Power Rangers Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Saksikan Trailer Tayangan Semula “Titanic” Sempena Ulangtahun Ke-25

Kakimuvee

Leave a Comment