Berita

Sejumlah Besar Produksi Hollywood Telah Dihentikan Akibat Coronavirus

Hanya Warner Bros. masih kekal dengan jadual penggambaran

Views

Penularan wabak COVID-19 (coronavirus) yang semakin serius terutamanya di kawasan Eropah dan Amerika Syarikat telah memaksa beberapa studio Hollywood untuk menghentikan / menggantung kesemua produksi filem dan siri televisyen.

Walt Disney Pictures telah mengarahkan kesemua produksi filem dihentikan sementara waktu bagi mengelakkan krew dan pelakon dari dijangkiti virus. Antara projek filem yang terkesan adalah filem reboot Honey I Shrunk the Kids, The Little Mermaid dan Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings yang kini sedang menjalani penggambaran di Australia. The Falcon and the Winter Soldier menjadi projek pertama Disney yang diarahkan untuk berhenti disebabkan wabak yang semakin serius di Eropah.

The Hollywood Reporter turut melaporkan bahawa pengarah Shang-Chi, Destin Daniel Cretton telah dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani tempoh kuarantin sementara menunggu laporan ujian makmal Covid-19

Sony Pictures juga turut mengambil langkah yang sama apabila menangguhkan pra – produksi filem The Nightingale lakonan Dakota and Elle Fanning, manakala produksi filem adaptasi Wheel of Time dihentikan serta-merta. The Nightingale kini sedang menjalani pra-produksi di Budapest manakala Wheel of Time telahpun memulakan penggambaran di Prague. Kerajaan Hungary dilaporkan telah mengisytiharkan darurat dan menghalang kemasukan pelancong dari Itali, China, South Korea dan Iran bagi membendung penyebaran wabak.

BACA:  INDIANA JONES Dipilih Sebagai Wira Filem Terhebat Sepanjang Zaman Dalam Undian Di Majalah EMPIRE

Sementara itu, Netflix turut mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggantung lebih sedozen produksi siri televisyen dan filem sekitar Amerika Syarikat dan Kanada. Menurut laporan Gamesradar, kesemua produksi ditangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu bermula 16 Mac ini. Antara yang terkesan adalah produksi The Stranger Things musim keempat. Dijangkakan produksi Netflix di luar Amerika Syarikat seperti The Witcher mungkin akan dihentikan sementara waktu.

Warner Bros. bagaimanapun masih kekal dengan jadual penggambaran filem The Matrix 4 dan The Batman. Menurut laporan dari Comingsoon.net, pihak studio masih belum mengarahkan penggantungan produksi projek-projek filem mereka. Satu-satunya projek Warner Bros. yang terkesan dengan wabak adalah filem biopik Elvis Presley selepas salah seorang pelakonnya, Tom Hanks dikesan positif virus Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Australia.

Walaupun divisyen filem masih meneruskan produksi, bahagian televisyen WarnerMedia telah menggantung 70 produksi siri mereka, termasuklah musim ketujuh The Flash dan Lucifer. 

Penangguhan sejumlah besar produksi Hollywood ini dijangka akan memberi kesan kepada tarikh tayangan atau siaran filem / siri televisyen.

Tinggalkan Balasan

shares