Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Gantung Produksi THE BATMAN Selama 2 Minggu


Studio Warner Bros. dilaporkan telah menggantung produksi filem The Batman sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai penggantungan produksi, atau mengapa studio memilih untuk menunggu sehingga hujung minggu, seorang jurucakap mendedahkan bahawa “studio akan terus mengawasi keadaan dengan teliti.”

Semalam, pihak studio dilaporkan masih meneruskan produksi filem adiwira itu berserta filem The Matrix 4, filem biopik King Richard dan Fantastic Beasts 3. Menurut wartawan Variety, Justin Kroll, sumber melaporkan bahawa jadual penggambaran filem drama sukan, King Richard sedang disusun semula kerana masalah cuaca di Los Angeles dan The Matrix yang kini sedang menjalani penggambaran di Berlin telah menggambil langkah berjaga-jaga.

Satu-satunya produksi Warner Bros. yang terjejas adalah filem biopik Elvis Presley selepas pelakon utamanya, Tom Hanks serta isteri disahkan dijangkiti virus Covid-19. Elvis Presley dilaporkan sedang menjalani pra-produksi di Australia.

The Batman akan ditayangkan 25 Jun tahun hadapan.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee