Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Idris Elba Tidak Lagi Berminat Dengan Peranan James Bond Selepas Menerima Kecaman Berunsur Perkauman


Selepas Daniel Craig berundur dari peranan James Bond, nama Idris Elba antara yang disebut-sebut untuk mengalas peranan perisik 007 itu. 

Walaupun spekulasi itu pernah menjadi satu penghormatan kepadanya, Elba baru-baru ini berkata, kecaman bersifat perkauman terhadap idea dia memainkan peranan James Bond telah menyebabkan dia tidak lagi berminat untuk menerima peranan itu jika ditawarkan. 

Bercakap dalam temubual dengan podcast SmartLess, Elba sempat membincangkan tentang khabar angin yang mengaitkannya dengan peranan James Bond.

Dia berkata, pada satu ketika, selepas mendengar khabar angin itu, ia bagaikan satu penghormatan besar kepadanya 

“Sebenarnya, saya sanga teruja untuk masa yang lama tentang pekara ini,” kata Elba. 


“Saya seperti, ‘Ini gila!’ James Bond…Kami semua pelakon dan kami faham peranan itu. Ia adalah salah satu daripada [peranan] yang diidamkan.”

“Diminta untuk menjadi James Bond adalah seperti, ‘Ok, anda telah mencapai kemuncak’. Itulah salah satu perkara yang seluruh dunia idamkan.”

Walau bagaimanapun, Elba berkata, walaupun kebanyakkan peminat teruja dengan idea itu, tedapat ‘segelintir’ yang tidak berpuas hati dan ianya berakhir ‘dengan sangat menjijikkan dan mengecewakan’ buat pelakon itu. 

“Pada asasnya, ia adalah satu pujian yang besar bahawa setiap sudut didunia kecuali dari beberapa sudut, yang tidak akan kita bincangkan, sangat gembira dengan idea yang saya boleh dipertimbangkan,” tambah Elba.

“Mereka yang tidak berpuas hati dengan idea itu menjadikan semuanya menjijikkan dan tidak masuk akal, kerana ia melibatkan perkauman. Ia menjadi karut dan saya menerima akibatnya.”

Selain Elba, terdapat beberapa nama, seperti Henry Cavill, telah dikaitkan dengan peranan itu. Namun, peminat tidak akan dapat melihat pengganti Daniel Craig dalam masa terdekat memandangkan pihak penerbit masih lagi mencari calon yang sesuai untuk watak itu. 


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

Kaki Judi Bertaruh Siapa Akan Jadi James Bond Seterusnya, Henry Cavill Pilihan Utama

Kakimuvee

Tom Holland Cadangkan Filem Origin “James Bond” Sebelum Dipilih Bawa Watak Nathan Drake

Kakimuvee

“Saya Rasa Wanita Tidak Patut Bawa Watak James Bond” – Ketua Francais James Bond

Kakimuvee

‘No Time To Die’ Menjadi Filem Paling Laris Tahun 2021… Setakat Ini

Kakimuvee