Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

San Diego Comic-Con Tahun Ini Telah Dibatalkan Secara Rasmi

Seperti yang dijangka, penganjuran San Diego Comic-Con (SDCC) tahun ini, yang dijadualkan berlangsung 23-26 Julai, secara rasmi dibatalkan kerana wabak coronavirus.

Melihat situasi pandemik yang masih belum reda, dan tidak selamat untuk menghimpunkan sejumlah pengunjung yang begitu besar, telah memaksa pihak penganjur SDCC membuat keputusan sukar, membatalkan acara tahunan itu.

Ini adalah kerugian besar bagi San Diego secara keseluruhannya, kerana acara tahunan Comic-Con memberi pulangan berjuta-juta dolar kepada bandar tersebut setiap tahun. Pembatalan ini juga adalah yang pertama dalam sejarah 50 tahun SDCC.

“For the first time in its 50-year history, the organizers behind the annual pop culture celebration announced today with deep regret that there will be no Comic-Con in 2020.”

San Diego Comic-Con bukan sahaja menjadi tumpuan peminat dunia hiburan di Amerika Syarikat, malah turut dinantikan peminat serata dunia kerana banyak perancangan televisyen dan filem diumumkan oleh studio-studio besar disana.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating