Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

HBO Batalkan Siri Prekuel Game of Thrones Lakonan Naomi Watts


Tiga bulan selepas pilot prekuel Game of Thrones selesai menjalani produksi pada Julai yang lalu, Deadline melaporkan bahawa HBO akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan siri yang diketuai showrunner Jane Goldman dan sepatutnya dibintangi pelakon Naomi Watts sebagai bintang utama.

Terdapat desas-desus mengatakan siri ini mengalami masalah ketika menjalani penggambaran di Northern Ireland.

S.J. Clarkson mengarahkan episod pilot dan dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Naomi Watts, Josh Whitehouse dan Naomi Akckie. Turut menyertai barisan pelakon adalah Tony nominee Denise Gough, Jamie Campbell Bower, Sheila Atim, Ivanno Jeremiah, Georgie Henley, Alex Sharp, Toby Regbo, Marquis Rodriguez, John Simm, Richard McCabe, John Heffernan dan Dixie Egerickx.

Siri spinoff berbudget besar ini dicipta oleh Jane Goldman yang turut bertindak selaku ‘Showrunner’, dan penulis buku Game of Thrones, George R.R. Martin. Siri yang masih belum mempunyai tajuk ini akan berlatarbelakangkan ribuan tahun sebelum peristiwa Game of Thrones dan memaparkan kejatuhan Golden Age of Heroes ke zaman yang gelap. Siri ini dijuga akan merungkai sejarah Westeros yang menakutkan.

Walaupun prekuel siri yang diketuai Goldman ini dibatalkan, HBO telah memberi lampu hijau kepada prekuel kedua yang akan memberi fokus kepada kejatuhan House Targaryen, 300 tahun sebelum peristiwa Game of Thrones. 



Related posts

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

HBO Batal Siri ‘The Idol’ Selepas Musim 1

Kakimuvee

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee

Non-Stop Entertainment This June on HBO GO, HBO, Warner TV, Cartoon Network and Boomerang

Kakimuvee