Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaStreaming

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy


James Gunn memberi perkembangan terkini mengenai Peacemaker musim 2.

Sewaktu muncuk di podcast Inside of You with Michael Rosenbaum (via Comingsoon), pengarah itu mengesahkan bahawa projek musim terbaru itu masih diteruskan walaupun dia kini sedang sibuk dengan jadual Superman: Legacy. 

Gunn juga mendedahkan bahawa, siri DC yang diterajui John Cena itu akan menjadi projek seterusnya selepas filem Superman yang akan datang. 

“Peacemaker akan dibuat selepas Superman. Itu perkara saya yang seterusnya,” ujar Gunn.

Pembikin filem itu juga berkongsi bahawa dia merancang untuk mengalihkan tumpuannya ke arah siri berpusatkan Amanda Waller selepas dia selesai menyiapkan Peacemaker Musim 2.


Peacemaker Musim 1 membintangi John Cena sebagai Peacemaker, Danielle Brooks sebagai Leota Adebayo, Jennifer Holland sebagai Emilia Harcourt, Freddie Stroma sebagai Adrian Chase/Vigilante, Steve Agee sebagai John Economos, Chukwudi Iwuji sebagai Murn, Robert Patrick sebagai Auggie Smith/White Dragon, dan ramai lagi.

Buat masa ini tidak dipastikan watak mana yang kembali dalam musim akan datang. Tetapi Gunn ada mengusik bahawa dia merancang untuk mewujudkan lebih banyak kesinambungan DC dalam bab seterusna, berikutan kemunculan mengejut Ezra Miller dan Jason Momoa semasa penghujung Musim 1. 

Berdasarkan watak DC Comic, Peacemaker ditulis, diarahkan, dan dicipta oleh Gunn. Penerbit eksekutif ialah Gunn, Cena, Peter Safran, dan Matt Miller. Ia diterbitkan oleh Troll Court Entertainment dan The Safran Company dengan kerjasama Warner Bros. Television.

Peacemaker boleh distim di HBO GO


Related posts

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

The Batman – Part II Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Robin/Dick Grayson

Kakimuvee

HBO Batal Siri ‘The Idol’ Selepas Musim 1

Kakimuvee