Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

HBO Batal Siri ‘The Idol’ Selepas Musim 1


The Idol nampaknya tidak akan kembali ke HBO. 

Menurut Deadline, HBO telah membatalkan siri The Idol hanya selepas musim pertama. Perkembangan terbaru ini tidak mengejutkan, selepas melihat pelbagai kontroversi yang menyelubungi siri itu seperti penerimaan negatif penonton dan beberapa kisah kurang enak di sebalik tabir. 

“The Idol adalah salah satu program asal HBO yang paling provokatif, dan kami gembira dengan sambutan kuat dari penonton,” kata jurucakap HBO dalam satu kenyataan.

“Selepas berfikir panjang dan pertimbangan, HBO, serta pencipta dan penerbit telah memutuskan untuk tidak meneruskan musim kedua. Kami berterima kasih kepada pencipta, pelakon dan kru atas kerja mereka yang luar biasa.”

Pencipta Euforia Sam Levinson mencipta The Idol bersama Abel Tesfaye (aka The Weeknd) dan Reza Fahim. Siri ini ditayangkan di HBO dan Max awal bulan Jun lalu, berjalan selama lima episod hingga awal Julai.


Ia dibintangi Lily-Rose Depp sebagai Jocelyn, bintang pop yang cuba untuk bangkit semula selepas gangguan saraf menyebabkan pembatalan konsert terbarunya. Jocelyn tidak lama kemudian menjalin hubungan dengan Tedros, pemilik kelab malam, guru bantu-diri dan ketua kultus yang dilakonkan oleh Tesfaye

The Idol yang telah menarik sebilangan penonton yang ramai, tetapi ulasan yang diterimanya sangat lemah. Di laman Rotten Tomatoes, siri HBO kini memegang penilaian sebanyak 19 peratus berdasarkan lebih 102 ulasan profesional, serta skor penonton sebanyak 41 peratus. 


Related posts

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee

Non-Stop Entertainment This June on HBO GO, HBO, Warner TV, Cartoon Network and Boomerang

Kakimuvee

HBO Releases Official Trailer For Original Drama Series THE IDOL

Kakimuvee

HBO Sambung “The Last Of Us” Untuk Musim Kedua

Kakimuvee