Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Siri TV Live Action Green Lantern & Strange Adventures Akan Dihasilkan Untuk HBO Max

Berita menarik buat peminat-peminat Green Lantern, rancangan televisyen ‘live action’ berdasarkan karakter wira komik DC popular itu kini sedang dibangunkan untuk platform penstriman video HBO Max.

Siri tersebut akan diterbitkan Greg Berlanti, individu yang pernah terlibat dalam projek filem Green Lantern lakonan Ryan Reynolds pada tahun 2011. Selain GL, Penerbit DC TV itu juga turut membangunkan satu lagi rancangan live action, iaitu Strange Adventures, sebuah siri antologi.

“Both of these original DC properties we’ll be creating for HBO Max will be unlike anything seen on television,”

“An anthology series of cautionary tales set in a world where superpowers exist, and, in what promises to be our biggest DC show ever made, we will be going to space with a Green Lantern television series, but I can’t reveal any more about that just yet.”

Butiran lanjut mengenai rancangan TV Green Lantern – seperti ahli The Corps yang akan diberi fokus – masih lagi tidak didedahkan. Tetapi untuk siri antologi Strange Adventures, dilaporkan beberapa karakter dari komik DC akan diperkenalkan dan akan meneroka “kisah moral yang memecahbelahkan kehidupan diantara manusia dan ‘super-human'”

Berlanti tidak asing lagi dalam dunia penerbitan rancangan live action DC. Selain terlibat sebagai penulis bersama untuk filem Green Lantern 2011, dia merupakan penerbit eksekutif untuk beberapa rancangan The CW seperti The Flash, Supergirl, DC’s Legend of Tomorrow, Batwoman dan Black Lightning. Dia juga terlibat sebagai penerbit untuk siri Titans, Doom Patrol dan Stargirl. 

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee