Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Wedge Antilles Akan Membuat Kemunculan Dalam The Rise Of Skywalker!

Peminat tegar Star Wars pasti mengenali watak juruterbang “Rebel” Wedge Antilles. Wedge merupakan antara watak sampingan yang diperkenalkan George Lucas dalam trilogi asal Star Wars dan merupakan juruterbang yang sering membantu Luke Skywalker

Kini, studio Lucasfilm mendedahkan (menerusi muka hadapan novel Star Wars: Resistance Reborn karya Rebecca Roanhorse), bahawa aktor Denis Lawson akan kembali sebagai Wedge Antilles dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker. 

Lawson bukan sahaja kembali membawakan wataknya selepas 36 tahun, buku terbaru itu turut mendedahkan beberapa fakta menarik, antaranya mengenai juruterbang Resistance Snap Wexley (lakonan Greg Grunberg) yang muncul dalam filem Force Awaken dan The Rise of Skywalker. Wexley merupakan anak angkat kepada Wedge, dan juga telah anak angkatnya itu serta Poe Dameron semasa di akademi. Anda boleh baca petikan buku “Resistance Reborn” disini

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan rakaman yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee