Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

HALLOWEEN KILLS Ditunda Setahun, John Carpenter Kongsikan Teaser Terbaru.


Universal Pictures dilaporkan telah menunda jadual tayangan filem Halloween Kills dan sekuelnya, Halloween Ends. 

Menurut laporan Deadline, Halloween Kills telah diubah tarikh tayangan dari 16 Oktober tahun ini ke 15 Oktober 2021, manakala sekuelnya akan ditayangkan pada 14 Oktober 2022.

Sementara itu, sebuah teaser terbaru telah dikongsikan pengarah John Carpenter memaparkan rakaman dari filem akan datang. Anda boleh saksikan pengumuman rasmi penangguhan tayangan filem dan teaser dibawah.

Halloween Kills merupakan sekuel kepada filem Halloween yang ditayangkan pada 2018, dan juga filem ke-12 dalam francais Halloween. 

Filem ini ditulis secara bersama oleh David Gordon Green dan Danny McBride, manakala Green juga turut bertindak selaku pengarah. John Carpenter yang mengarahkan filem asal Halloween kembali sebagai pencipta musik.


Selain Jamie Lee Curtis, filem ini turut disertai seorang lagi pelakon asal iaitu, Nick Castle yang akan memainkan watak sebagai Michael Myers bersama-sama seorang lagi pelakon, iaitu  James Jude Courtney. Turut membintangi filem ini adalah Judy Greer, Andi Matichak, Dylan Arnold, Kyle Richards, Charles Cyphers dan Nancy Stephens.

Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Universal & Illumination Akan Bangunkan Animasi Legend Of Zelda

Kakimuvee