Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Bersedia Untuk Teruskan Perancangan Filem Ketiga TRON


Disney telah memberikan perkembangan terbaru mengenai filem ketiga Tron yang telah dirancang dan ditunggu-tunggu oleh peminat selama hampir satu dekad.

Filem ketiga Tron telah diumumkan sebaik sahaja pelancaran Tron: Legacy pada tahun 2010 dan diluluskan oleh pihak studio pada tahun 2015, tetapi hanya beberapa bulan kemudian filem itu terpaksa dibatalkan.

Pada 2017, terdapat laporan bahawa Jared Leto akan membintangi filem reboot francais Tron, bagaimanapun laporan tersebut tidak pernah disahkan studio.

Tetapi selepas beberapa lama menyepi, akhirnya terdapat perkembangan baru yang mungkin menggembirakan peminat.

Ketika bercakap di podcast Light the Fuse, Eksekutif Muzik Disney Mitchell Leib, yang terlibat dalam pembikinan Tron: Legacy, mengesahkan bahawa Disney mempunyai skrip untuk filem ketiga dan ianya akan dihasilkan tidak lama lagi.


Menurut Leib lagi, kewujudan platform penstriman Disney+ telah membolehkan penghasilan filem ketiga Tron.

“Now with Disney+, I think there’s opportunities to be creating content that we otherwise wouldn’t have been able to create, you know because we’re in the movie business,”

“Disney+ I think is going to afford us the opportunity to expand and get much more diversified in the kind of content we can create.”

Selain itu juga, Mitchell Leib turut mendedahkan bahawa dia telah bertemu dengan Daft Punk untuk membincangkan tentang penglibatan kumpulan musik itu sebagai pencipta musik latar dalam filem ketiga akan datang, serta berharap pengarah Tron: Legacy, Joe Kosinski kembali ke kerusi pengarahan.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee