Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Universal & Illumination Akan Bangunkan Animasi Legend Of Zelda


Kejayaan The Super Mario Bros. Movie yang menjadi filem animasi kedua yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman telah mendorong Universal dan Illumination mencari satu lagi permainan video klasik Nintendo untuk diangkat ke layar perak. 

Berita yang masih belum disahkan, tetapi berdasarkan podcast The Hot Mic, terdapat khabar angin mengenai ‘perjanjian lumayan’ yang telah dipersetujui untuk membangunkan satu filem animasi berdasarkan permainan video penggembaran fantasi terlaris. 

Siri permainan video tersebut berlatarkan dunia fiksyen Hyrule, dan menceritakan kisah seorang penggembaran bernama Link yang cuba menyelamatkan Puteri Zelda dari cengkaman ahli sihir jahat, Ganon.

Permainan video berjudul The Legend of Zelda itu telah sukses di dunia permainan video sehingga mewujudkan pelbagai IP dari komik, patung dan siri animasi. 

Terdapat beberapa usaha untuk mengadaptasi permainan video itu, dan pada tahun 2018, terdapat laporan bahawa siri animasi berjudul Castlevania sedang dibangunkan di Netflix, tetapi sehingga kini tiada perkhabaran terkini mengenai projek yang diketuai Adi Shankar itu. 


Buat masa ini, apa yang diperkatakan oleh hos The Hot Mic masih dianggap spekulasi, tetapi tidak mustahil jika Universal dan Illmunation berkerjasama membangunkan adaptasi permainan video terutaman selepas kejayaan The Super Mario Bros. Movie. 

Scoop mengenai perancangan animasi The Legenda of Zelda boleh dilihat pada minit ke 2:45 dalam video dibawah:


Related posts

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

[VIDEO] Christopher Nolan Berikan Sebab Kenapa Anda Harus Menonton Oppenheimer Di Pawagam IMAX

Kakimuvee

Oppenheimer Menjadi Filem Pertama Christopher Nolan Yang Mendapat Rating ‘R’ Dalam Tempoh 2 Dekad

Kakimuvee