
Beberapa foto terbaru dari set penggambaran Indiana Jones 5 di Itali mula muncul di atas talian. Foto-foto tersebut menunjukkan kepulangan semula Harrison Ford ke set penggambaran selepas tercedera semasa melakukan latihan penggambaran.
Pelakon berusia 79 tahun itu juga turut dilihat mengambil gambar bersama sekumpulan peminat di Sicily sambil memperagakan watak heronya. Di samping itu, foto-foto itu juga memberikan kepada kita pandangan pertama watak Mads Mikkelsen, yang masih menjadi misteri memandangkan perincian watak-watak baru masih lagi belum didedahkan.
Update: More photos of Harrison Ford & Mads Mikkelsen in character on the Indy 5 set! #IndianaJones 🤠 (via @DailyMailCeleb) pic.twitter.com/0LWpdeW1sM
— Indiana Jones Art (@IndyJonesArt) October 8, 2021
New Photo: Harrison Ford on the Indy 5 set in Sicily:
— Indiana Jones Art (@IndyJonesArt) October 10, 2021
(Via @ETCanada) #IndianaJones🤠 pic.twitter.com/WBz7nK7B5x
I am on record as saying that I don't understand my job but I love it and it's all because of fans like these. If it weren't for them, I wouldn't HAVE a job!#indianajones pic.twitter.com/JFXeenl8nj
— Mark Raats (@mark_raats) October 10, 2021
Indiana Jones 5 menyaksikan kepulangan Harrison Ford yang akan mengulangi salah satu peranannya yang paling ikonik iaitu sebagai penggembara legenda Dr. Henry “Indiana” Jones Jr. Ansuran terakhir ini juga turut diterajui oleh pemenang anugerah Emmy dan Golden Globe, Phoebe Waller-Bridge, yang akan memainkan peranan wanita utama disamping Ford. Turut menyertai barisan pelakon adalah Mads Mikkelsen, Thomas Kretschmann, Boyd Holbrook, Antonio Banderas dan Shaunette Renée Wilson.
Filem ini diarahkan oleh James Mangold (Logan) yang turut menulis lakonlayar bersama rakan sekerjanya dari filem Ford v Ferrari, Jez dan John-Henry Butterworth. Mangold mengambil-alih kerusi pengarahan selepas Steven Spielberg mengumumkan pengundurannya dari projek filem ini pada tahun lalu. Bagaimanapun, Spielberg masih kekal sebagai penerbit.
Indiana Jones 5 diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, pencipta francais Steven Spielberg, Frank Marshall dan Simon Emanuel dengan John Williams kembali menulis skor untuk filem ini.
Lucasfilm menetapkan tarikh tayangan Indiana Jones 5 pada 29 Julai 2022.