
Beberapa gambar pertama filem sekuel yang dinantikan, Indiana Jones 5, telah dilancarkan, memberikan pandangan pertama kepada peminat aktor utama Harrison Ford yang kembali mengulangi peranan ikoniknya.
Gambar yang dikeluarkan melalui Empire Magazine itu turut mengusik plot filem akan datang, dimana profesor arkeologi terkenal itu sekali lagi akan berhadapan dengan segerombolan Nazi.
Selain Jones, foto itu turut menyertakan pandangan pertama Mads Mikkelson, yang akan memainkan watak penjahat Voller, yang diilhamkan oleh individu sebenar, yang juga merupakan bekas anggota Nazi, Wernher von Braun, yang menjadi jurutera NASA selepas Perang Dunia II.
Anda boleh lihat foto-foto terbaru Indiana Jones 5 dibawah:
Indiana Jones is back!
— Empire Magazine (@empiremagazine) November 18, 2022
“It’s full of adventure, laughs, and real emotion,” says Harrison Ford. Take a first look at Indiana Jones 5, from Empire’s major world-exclusive new issue.
READ MORE: https://t.co/VYFhQ7Rqyn pic.twitter.com/rMGsoxZLKk
EXCLUSIVE 🚨
— Empire Magazine (@empiremagazine) November 19, 2022
Indiana Jones 5 will pit Indy against Nazis again, in 1969. Meet Mads Mikkelsen’s villainous Voller. “He’s a man who would like to correct some of the mistakes of the past,” he tells Empire.
Read more and see exclusive images here: https://t.co/eqH0JByVKg pic.twitter.com/QMwQyYmgKv
Indiana Jones 5 menyaksikan kepulangan Harrison Ford yang akan mengulangi salah satu peranannya yang paling ikonik iaitu sebagai penggembara legenda Dr. Henry “Indiana” Jones Jr. Ansuran terakhir ini juga turut diterajui oleh pemenang anugerah Emmy dan Golden Globe, Phoebe Waller-Bridge, yang akan memainkan peranan wanita utama disamping Ford. Turut menyertai barisan pelakon adalah Mads Mikkelsen, Thomas Kretschmann, Boyd Holbrook, Antonio Banderas dan Shaunette Renée Wilson.
Filem ini diarahkan oleh James Mangold (Logan) yang turut menulis lakonlayar bersama rakan sekerjanya dari filem Ford v Ferrari, Jez dan John-Henry Butterworth. Mangold mengambil-alih kerusi pengarahan selepas Steven Spielberg mengumumkan pengundurannya dari projek filem ini pada tahun lalu. Bagaimanapun, Spielberg masih kekal sebagai penerbit.
Indiana Jones 5 diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, pencipta francais Steven Spielberg, Frank Marshall dan Simon Emanuel dengan John Williams kembali menulis skor untuk filem ini.
Lucasfilm menetapkan tarikh tayangan Indiana Jones 5 pada 29 Julai 2022.