Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Amazon Prime Video telah melancarkan teaser trailer untuk siri aksi drama musim ketiga Hanna yang akan datang. Dibintangi oleh Esmé Creed-Miles dan Mireille Enos, siri ini dijadualkan untuk kembali pada 24 November.

Teaser Hanna musim ketiga menjanjikan lebih banyak aksi dari pembunuh muda yang sedang melakukan misinya untuk Utrax, sambil berusaha mencari jalan untuk menghancurkan organisasi. Anda boleh saksikan teaser trailer dibawah:


Hanna berdasarkan filem tahun 2011 dengan nama yang sama yang dibintangi oleh Saoirse Ronan dan Cate Blanchett. Siri ini dihasilkan dari penulis dan penerbit eksekutif David Farr. Ia kini dibintangi oleh Esmé Creed-Miles, Mireille Enos, Dermot Mulroney, Áine Rose Daly, dan Gianna Kiehl.

“Musim 3 diteruskan dengan penggembaraan seorang wanita muda yang luar biasa, yang diciptakan oleh organisasi jahat Utrax dan dilatih untuk menjadi pembunuh. Hanna kini secara diam-dia berusaha untuk memusnahkan Utrax dari dalam dan membebaskan dirinya dari cengkaman dengan bantuan musuhnya dari masa lalu, bekas ejen CIA Marissa Wiegler. 

Bersama-sama, mereka telah memaksa ejen Utrax berpangkat tinggi, John Carmichael untuk membantu misi mereka, tetapi rakan-rakannya pembunuhnya, Sandy dan Jules, serta musuh baru mulai curiga dengan rancangan Hanna. Ketika Hanna semakin hampir dengan tujuannya, dia mulai mengungkap bukan sahaja agenda untuk mengubah dunia, tetapi juga kekuatan sebenar Utrax yang menjadi penghalang antara dia dan kebebasan.”

Hanna diterbitkan oleh Mary Adelstein, Becky Clements, Scott Nemes, dan Tom Coan. Siri ini dihasilkan oleh NBCUniversal International Studios, Working Title Television, dan Amazon Studios.

Related posts

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

Leave a Comment