Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO


Siri HBO Original Succession, sebuah drama mengenai kekayaan, kekuasaan dan keluarga di dunia orang kaya yang kejam, akan kembali untuk musim ketiga. Sembilan episod musim ketiga akan ditayangkan serentak dengan AS pada hari Isnin, 18 Oktober jam 9 pagi, secara eksklusif di HBO GO dan HBO (Astro Ch 411), dan siaran ulangan pada pada jam 10.00 malam di HBO. Episod baru akan ditayangkan setiap hari Isnin pada waktu yang sama. Strim atau muat turun dua musim pertama di HBO Go. 

Dicipta oleh Jesse Armstrong, musim kedua telah memenangi tujuh anugerah Emmys, termasuk kategori ‘Outstanding Drama Series’. Diserang oleh anak lelakinya yang memberontak, Kendall, pada akhir Musim kedua, Logan Roy memulakan Musim ketiga dalam posisi yang berbahaya, berusaha untuk mewujudkan persekutuan keluarga, politik, dan kewangan. Ketegangan meningkat ketika pertempuran korporat yang sengit mengancam untuk memecahbelahkan keluarga. 

Barisan pelakon untuk musim ketiga teridir daripada Brian Cox, Jeremy Strong, Sarah Snook, Kieran Culkin, Alan Ruck, Nicholas Braun, Matthew Macfadyen, Peter Friedman, J. Smith-Cameron, Dagmara Dominczyk, Justine Lupe, David Rasche, Fisher Stevens, Hiam Abbass, Arian Moayed, Harriet Walter, James Cromwell, Natalie Gold, Juliana Canfield, Annabelle Dexter-Jones, Zoë Winters dan Jeannie Berlin. Barisan pelakon lain termasuklah Alexander Skarsgård, Sanaa Lathan, Linda Emond, Jihae, Adrien Brody, Hope Davis dan Dasha Nekrasova.

Siri ini diterbitkan oleh Jesse Armstrong, Adam McKay, Frank Rich, Kevin Messick, Jane Tranter, Mark Mylod, Tony Roche, Scott Ferguson, Jon Brown, Lucy Prebble, Will Tracy dan Will Ferrell. Jesse Armstrong berkhidmat sebagai ‘showrunner.’

Langgan HBO GO di https://www.hbogoasia.my/ atau di aplikasi mudah alih melalui App Store atau Play Store dengan harga serendah RM 23.30 / bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee