Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dune Ditunda ke Tahun Hadapan, Bakal Berentap Dengan The Batman?


Collider melaporkan bahawa tarikh tayangan filem arahan Denis Villeneuve, Dune telah ditunda ke 1 Oktober 2021. Filem terbitan Warner Bros. dan Legendary Pictures itu sepatutnya ditayangkan pada 18 Disember ini. 

Perubahan tarikh Dune ke bulan Oktober tahun hadapan meletakkan The Batman berpotensi untuk dianjak tarikh tayangan bagi mengelakkan kedua-dua filem terbitan Warner Bros. berentap sesama sendiri. Untuk info, The Batman dijadualkan tayangan pada 1 Oktober 2021. 

Berdasarkan sebuah novel Frank Herbert’s tahun 1965 yang membawa judul sama, ditetapkan jauh ke masa depan. Bangsawan Leto Atreides telah menerima hak kawasan bagi planet padang pasir merbahaya iaitu Arrakis yang juga dikenali sebagai Dune. Ia adalah satu-satunya sumber “the spice”, bahan paling berharga di alam semesta kerana ia meninggikan tahap pemikiran dan memanjangkan jangka hayat manusia. Walaupun tahu bahawa ini merupakan satu perangkap oleh musuhnya, Harkonnens, Leto tetap membawa anak merangkap waris terakhirnya Paul, kekasih Bene Gesseritnya Lady Jessica dan para penasihat paling dipercayainya ke planet itu. Dia mengambil alih kuasa atas operasi perlombongan ubat itu walaupun terdedah kepada bahaya cacing tanah gergasi di kawasan itu. Apabila keluarga Atreides dikhianati, Paul mengetuai pemberontakan bagi mengembalikan kuasa keluarganya di planet tersebut.

Filem ini dibarisi pelakon bintang seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee