Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Arrakis Dilahirkan Kembali Dalam Trailer Filem Epik Sains Fiksyen “Dune”

Warner Bros. dan Legendary Pictures telah melancarkan trailer pertama Dune arahan Denis Villenueve, sebuah filem adaptasi dari novel sains fiksyen karya Frank Herbert. Anda boleh saksikan trailer dibawah. 

Berdasarkan sebuah novel Frank Herbert’s tahun 1965 yang membawa judul sama, ditetapkan jauh ke masa depan. Bangsawan Leto Atreides telah menerima hak kawasan bagi planet padang pasir merbahaya iaitu Arrakis yang juga dikenali sebagai Dune. Ia adalah satu-satunya sumber “the spice”, bahan paling berharga di alam semesta kerana ia meninggikan tahap pemikiran dan memanjangkan jangka hayat manusia. Walaupun tahu bahawa ini merupakan satu perangkap oleh musuhnya, Harkonnens, Leto tetap membawa anak merangkap waris terakhirnya Paul, kekasih Bene Gesseritnya Lady Jessica dan para penasihat paling dipercayainya ke planet itu. Dia mengambil alih kuasa atas operasi perlombongan ubat itu walaupun terdedah kepada bahaya cacing tanah gergasi di kawasan itu. Apabila keluarga Atreides dikhianati, Paul mengetuai pemberontakan bagi mengembalikan kuasa keluarganya di planet tersebut.

Filem ini dibarisi pelakon bintang seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem

Dune akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 17 Disember ini.

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment