
20th Century Studios telah melancarkan trailer terbaru filem aksi komedi arahan Shaw Levy, Free Guy.
Trailer tersebut memberikan pandangan terbaru kepada penonton, sekaligus memberi gambaran mengenai plot filem berkenaan. Free Guy akan menemui penonton pada 11 Disember 2020. Anda boleh tonton trailer dibawah.
Free Guy diarahkan Shawn Levy (Stranger Things) dari lakonlayar yang ditulis Matt Lieberman. Filem ini berkisar tentang seorang pekerja bank yang kesunyian dan mendapati dirinya yang sebenar adalah karakter dalam permainan video Free City.
Bintang Deadpool, Ryan Reynolds memainkan peranan utama sebagai Guy, dan disertai Jodie Comer, Lil Rel Howery, Joe Keery, Taika Waititi dan Utkarsh Ambudkar. Reynolds turut bertindak sebagai penerbit bersama-sama Levy, Sarah Schecter dan Greg Berlanti.
Sumber: Comingsoon.net