Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam


Pada April tahun ini, HBO telah mengumumkan perancangan siri aksi-langsung yang juga reboot kepada siri filem Harry Potter, yang sudah tentu, berdasarkan siri buku fantasi popular karya J.K. Rowling.

Selain itu juga, telah diumumkan bahawa siri reboot akan datang, bakal menampilkan barisan pelakon baru. 

Semasa pengumuman siri reboot itu, Casey Bloys, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif HBO & Max Content menyatakan, “Harry Potter ialah fenomena budaya dan jelas terdapat cinta dan keinginan yang berkekalan untuk Wizarding World. Dengan kerjasama Warner Bros. Televisyen dan J.K. Rowling, siri Max Original baharu ini akan menyelami setiap buku ikonik yang peminat terus nikmati selama ini.”

Setiap musim akan berdasarkan salah satu daripada tujuh novel Rowling yang diterbitkan antara 1997 dan 2007, memberikan penerokaan yang lebih menyeluruh tentang dunia Harry Potter dari apa yang kita lihat dalam filem-filem sebelum ini.

Baru-baru ini, penerbit David Heyman (yang menerbitkan semua filem Harry Potter), telah memberikan kemaskini siri tersebut kepada Total Film Magazine.


“Semasa hari-haru awal [Harry Potter], Kami tidak mengupah seorang penulis pun untuk mula menulis. Ia agak awal. Tetapi mudah-mudahan [ia akan menjadi] sesuatu yang sangat istimewa, dan memberi peluang kepada kami untuk melihat buku-buku itu, dan untuk menikmati siri itu, yang akan meneroka buku asal dengan lebih mendalam.”

Peminat yang bimbang bahawa siri reboot ini terlalu awal untuk ditayangkan, mungkin menarik nafas lega kerana ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum musim pertama disiarkan kepada penonton.

Dengan mogok penulis dan pelakon yang masih berteruskan, kita mungkin perlu menunggu beberapa tahun sebelum dapat melihat episod pertama siri aksi-langsung ini. 

Filem Harry Potter yang terakhir, Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2, telah dikeluarkan pada 2011 tetapi siri filem itu telah berjaya bertahan selama bertahun-tahun, secara konsisten mengatasi prestasi francais yang setanding dalam pasaran video rumah dan perkhidmatan penstriman.

Harry Potter merupakan salah satu IP yang ingin digunakan sebaiknya oleh Warner Bros. 

Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros. Discovery, David Zaslav menyatakan bahawa dia percaya bahawa syarikat itu kurang menggunakan IP seperti DC Comics, The Lord of the Rings, dan Harry Potter.

Siri reboot TV akan menjadi projek pertama dalam siri projek terbaru yang berkaitan dengan IP Harry Potter. Antara projek yang dirancangan termasuklah penghasilan filem, permainan video dan media-media lain.


Related posts

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee

Review Filem: Meg 2: The Trench (2023)

Kakimuvee