Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Selepas Dune, Warner Bros. Tunda The Batman, Matrix 4, Flash & Banyak Lagi

Kegagalan Tenet dipentas box office disebabkan suasana pandemik yang tidak dijangka telah menyebabkan Warner Bros. terpaksa membuat keputusan menyusun kembali jadual tayangan filem-filem terbitan mereka. 

Awal hari ini, filem epik sains fiksy Dune arahan Denis Villeneuve telah ditunda dari tarikh 18 Disember ke 1 Oktober 2021. Perubahan tersebut telah menyebabkan Warner Bros. menurkar tarikh tayangan The Batman dari 1 Oktober ke 3 April 2022. 

Bagaimanapun, berita baik untuk filem arahan Lana Wachowski, The Matrix 4 yang diawalkan beberapa bulan dari 1 April 2022 ke tarikh baru iaitu 22 Disember 2021. Filem lakonan Keanu Reeves ini sedang menjalani penggambaran di Jerman. 

Filem The Flash arahan Andy Muschietti ditukar tarikh tayangan dari 3 Jun 20022 ke 4 November 2022. Dua filem adiwira DC iaitu Shazam! Fury of the Gods dan Black Adam turut mengalami perubahan jadual. Filem sekuel Shazam! arahan David Sandberg dan lakonan Zachary Levi, kini dijadualkan pada 2 Jun 2023 manakala tarikh tayangan filem Black Adam lakonan Dwayne Johnson akan diumumkan kelak. 

Filem adaptasi permainan video Minecraft telah ditarik dari jadual tayangan, manakala dua filem WB yang belum mempunyai tajuk telah ditetapkan tayangan pada 3 Jun 2022 dan 5 Ogos 2022.

Related posts

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Kakimuvee

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Seram Arahan James Wan “Malignant”

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

Leave a Comment

Add your own review

Rating