Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Drama Jenayah “Tokyo Vice” Akan Ditayangkan di HBO GO Pada 7 April Ini


Tokyo Vice, siri jenayah 8-episod Max Original dari penulis drama pemenang anugerah J.T. Rogers, akan membuat tayangan perdana pada Khamis, 7 April ini secara eksklusif di HBO GO.

Tayangan perdana akan menampilkan tiga episod diikuti dua episod pada setiap khamis berikutnya disusuli dengan siri finale pada 28 April 2022. 

Tokyo Vice diilhamkan secara longgar dari buku non-fiksyen berjudul sama yang ditulis oleh wartawan Jake Adelstein.

Difilemkan di beberapa lokasi di Tokyo, siri drama jenayah ini memaparkan perjalanan Adelstein (Ansel Elgort) ke tengah-tengah Tokyo untuk melaporkan kegiatan rasuah di dalam skuad polis. 

Siri ini dibintangi calon Golden Globe Ansel Elgort, calon Oscar Ken Watanabe, Rinko Kikuchi, Rachel Keller, Ella Rumpf, Hideaki Ito, Show Kasamatsu dan Tomohisa Yamashita.


Pemenang Anugerah Tony J.T. Rogers mencipta dan menulis siri ini dan turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

Michael Mann mengarahkan episod pilot dan turut menjadi penerbit eksekutif bersama Alan Poul, Jake Adelstein, Ansel Elgort, Saines, Brad Kane, Destin Daniel Cretton, Ken Watanabe, Kayo Washio, dan John Lesher.

Strim Tokyo Vice dari 7 April hanya di HBO GO. Langgan HBO GO dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau applikasi mudah alih melalui App Store  atau Play Store serendah RM23.30/bulan.

Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.


Related posts

Siri ‘Harry Potter’ Akan Dibangunkan Di HBO Max, Bakal Menampilkan Barisan Pelakon Baharu

Kakimuvee

The Penguin: Colin Farrell Kembali Sebagai Oswald Cobblepot Dalam ‘Spin-Off’ The Batman

Kakimuvee

Foto “Titans” Musim 4 Dedah Pandangan Pertama Penjahat ‘Brother Blood’

Kakimuvee

Siri HBO “The Last of Us” Dedah Rakaman Pertama

Kakimuvee

HBO MAX Umum Filem Animasi DC ‘Batman-Mexico’ – Batman Azteca

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee