Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

AXN Asia Menayangkan “Fantasy Island”, Penciptaan Semula Sebuah Drama Klasik Dengan Sentuhan Moden Pada 17 Februari


AXN Asia, saluran hiburan Bahasa Inggeris yang terkemuka, menjemput peminat ke resort mewah di Fantasy Island di mana segala fantasi pasti dipenuhi, walaupun ia mungkin tidak akan berlaku seperti apa yang diharapkan.

Dicipta oleh Elizabeth Craft dan Sarah Fain (“The 100”, “The Shield”, “Lie to Me”), drama fantasi moden serba baharu ciptaan semula siri televisyen klasik ini memperkenalkan peneraju wanita sebagai tuan rumah pulau yang merupakan satu pemangkin segar buat siri ini.

Drama bersiri sepuluh episod bertemakan fantasi ini akan ditayangkan di serantau Asia Tenggara pada 17 Februari dimana episod baharu akan dikeluarkan di AXN Asia setiap Khamis jam 9.45 malam. Rakyat Malaysia boleh menonton drama bersiri plot-twist ini di ASTRO Saluran 701 HD dan unifi TV Saluran 453.

Fantasy Island, ciptaan semula drama klasik 1970-an yang pernah dicalonkan untuk Golden Globes dan Primetime Emmy, dibintangi Roselyn Sanchez (“Without a Trace”, “Devious Maids”) sebagai Elena Roarke, pengurus pulau misteri yang juga merupakan keturunan Encik Roarke dari siri asal. Roselyn mengetepikan cita-citanya sendiri dan menolak cinta hidupnya demi meneruskan legasi keluarganya.

Dalam setiap episod, juruterbang dan ketua pengangkutan pulau, Javier, yang dilakonkan oleh John Gabriel Rodriquez (“Miranda’s Rights”, “Rosewood”), menerbangkan tetamu dari semua lapisan masyarakat ke pulau yang indah itu untuk menghidupkan fantasi mereka namun dengan syarat tertentu.


Melalui fantasi mereka, setiap tetamu akan disajikan dengan pengajaran hidup yang penting. Namun apabila fantasi mereka menjadi keterlaluan dan bukan lagi seperti apa yang diharapkan, Roarke akan campur tangan untuk menawarkan nasihat.

Dalam pembuka siri, Roarke mengalu-alukan ketibaan hos rancangan pagi tempatan Christine Collins, yang dilakonkan oleh Bellamy Young (“Scandal”, “Prodigal Son”). Christine dapat memenuhi fantasinya untuk makan apa sahaja yang diingini tanpa menambah berat badan sehingga dia menyedari bahawa keinginannya menjangkau lebih daripada sekadar makanan.

Tetamu Roarke yang lain termasuk Ruby Akuda yang sakit tenat, dilakonkan oleh Kiara Barnes (“The Bold and the Beautiful”) yang tiba di Fantasy Island bersama suaminya dimana mereka diberi nafas baru dalam kehidupan. Pasangan itu menikmati fantasi mereka tetapi pada akhirnya perlu membuat keputusan yang boleh mengubah hidup mereka.

Dirakam sepenuhnya di pulau Puerto Rico, Fantasy Island menawarkan pengalaman yang mengasyikkan yang membawa penonton ke realiti tropika dimana setiap episod akan menceritakan kisah-kisah emosi dan provokatif tentang mereka yang tiba dengan impian dan keinginan lalu berangkat pulang dengan kesedaran hasil keajaiban Fantasy Island.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fantasy Island, anda boleh mengikuti @AXNAsia di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan TikTok.


Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Marvel Studios Kongsi Gambar Terbaru & Video Dari Episod Finale “Moon Knight”

Kakimuvee