Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Foto “Titans” Musim 4 Dedah Pandangan Pertama Penjahat ‘Brother Blood’


HBO Max telah mendedahkan foto rasmi pertama untuk musim keempat siri popular DC Titans, memberikan pandangan pertama kepada peminat antagonis terbaru yang sangat berkuasa. 

Gambar-gambar itu hadir dalam tiga set berbeza dengan yang pertama menonjolkan gambaran Joseph Morgan sebagai Brother Blood, dengan dia dlilihat memakai kostum yang menepati versi komik. 

Sementara itu, set kedua menyoroti Mother Mayhem lakonan Franka Potente. Selain kostumnya, gambar pertamanya dari siri itu juga telah dikeluarkan, menggoda kehadirannya yang sengit. Set ketiga dan terakhir memfokuskan pada Jinx lakonan Lisa Ambalavanar sambil kita melihat pakaiannya dengan lebih dekat dan lebih terperinci.

Titans mengikuti wira muda dari seluruh DC Universe apabila mereka semakin dewasa dan mencari tempat mereka. Musim lalu, keadaan telah menarik wira kita ke Gotham City, di mana mereka bertemu semula dengan rakan lama dan melawan ancaman baharu.

Musim keempat akan menampilkan pengenalan penjahat baharu yang tertidiri daripada Joseph Morgan (The Originals) sebagai Sebastian Blood/Brother Blood, Franka Potente (Taboo) sebagai May Bennett/Mother Mayhem dan Lisa Ambalavanar (Doctor) sebagai Jinx.


Siri ini dibintangi oleh Brenton Thwaites sebagai Dick Grayson/Nightwing, Anna Diop sebagai Kory Anders/Starfire, Teagan Croft sebagai Rachel Roth/Raven, Ryan Potter sebagai Gar Logan/Beast Boy, Conor Leslie sebagai Donna Troy/Wonder Girl, Curran Walters sebagai Red Hood, Joshua Orpin sebagai Conner Kent/Superboy, Minka Kelly sebagai Dawn Granger/Dove, Damaris Lewis sebagai Blackfire, Savannah Welch sebagai Barbara Gordon dan Jay Lycurgo sebagai Tim Drake.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee