Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Penguin: Colin Farrell Kembali Sebagai Oswald Cobblepot Dalam ‘Spin-Off’ The Batman

Walaupun Warner Bros. Discovery dan DC Studios membuat perubahan besar-besaran di DCU, francais The Batman Matt Reeves nampaknya masih diteruskan dengan The Batman II disahkan perancangannya, begitu juga siri The Penguin. 

Penggambaran The Penguin telah bermula dan Colin Farrell kembali meneruskan peranannya sebagai ‘Oz’ bagi mengisi ruang antara filem The Batman dan bagaimana penjahat itu berkuasa di dunia bawah tanah Gotham City. 

Melalui perkongsian Mail Online, peminat berpeluang melihat pandangan pertama siri itu dengan Farrell kembali sebagai penjahat ikonik Gotham Oswald Cobblepot. Anda boleh gambar tersebut dibawah:

Bintang Dexter: New Blood Clancy Brown antara yang terbaru menyertai barisan pelakon siri itu dengan menurut sumber dia akan memainkan watak sebagai Salvatore Maroni, ketua Mafia di Gotham City dan individu yang bertanggungjawab mengubah Harvey Dent dari seorang pendakwaraya kepada penjahat Two-Face.

Barisan pelakon terdiri daripada Cristin Milioti (Sofia Falcone), Rhenzy Feliz, Michael Kelly, Shohreh Aghdashloo, dan Deirdre O’Connell.

Dikhabarkan Robert Pattinson akan membuat kemunculan cameo sebagai Dark Knight.

The Batman II dijadualkan tayangan pada 3 Oktober 2025 manakala The Penguin berkemungkinan akan membuat tayangan perdana pada 2024.

Related posts

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Kutipan Minggu Pertama ‘Shazam! Fury of the Gods’ Jauh Lebih Rendah Dari ‘Black Adam’

Kakimuvee

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Leave a Comment