Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Selepas lebih sebulan debut ansuran terbaru spin off Harry Potter, Warner Bros. telah mengumumkan tarikh tayangan Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore di HBO Max, iaitu pada 30 Mei ini.

Filem terbaru itu telah memperoleh kutipan box office seluruh dunia sebanyak AS$380 juta, berbanding kos pembikinan iaitu sebanyak AS$ 200 juta. Ini merupakan kutipan terendah dalam francais Wizarding World. Dengan prestasi hambar di pentas box office, tidak dipastikan sama ada ia akan memberi kesan kepada dua ansuran terakhir Fantastic Beasts yang diumumkan sebelum ini. 


“Professor Albus Dumbledore tahu ahli sihir gelap yang berkuasa, Gellert Grindelwald sedang menggerakkan pengikutnya untuk menguasai dunia sihir,” menurut sinopsis rasmi.

“Tidak dapat menghalangnya seorang diri, dia percaya pada ahli Magizoologi, Newt Scamander, untuk mengetuai pasukan ahli sihir, dan seorang tukang roti Muggle yang berani dalam misi berbahaya, di mana mereka bertemu dengan binatang lama dan baharu serta bertembung dengan pengikut Grindelwald yang semakin meningkat. Tetapi dengan pertaruhan yang begitu tinggi, berapa lama Dumbledore boleh kekal di luar?”

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore menyaksikan pemenang Oscar Eddie Redmayne kembali sebagai Newt Scamander, bersama-sama Katherine Waterston sebagai Tina Goldstein, Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski, Alison Sudol sebagai Queenie Goldstein, Ezra Miller sebagai Credence, Jude Law sebagai Albus Dumbledore, dan Jessica Williams sebagai Profesor Eulalie Hicks

Filem ini juga akan memperkenalkan Mads Mikkelsen (Another Round) sebagai Gellert Grindelwald baharu, watak jahat yang pertama kali dibawakan oleh Johnny Depp.

Pelakon tambahan termasuk: Victoria Yeates sebagai Bunty, William Nadylam sebagai Yusuf Kama, Richard Coyle sebagai Aberforth, Poppy Corby-Tuech sebagai Vinda, Aleksandr Kuznetsov sebagai Helmut, Oliver Masucci sebagai Anton Vogel, Maria Fernanda Cândido sebagai Vicência Santos dan Dave Wong sebagai Liu Tao.

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore sekali diarahkan oleh David Yates berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh J.K. Rowling dan Steve Kloves. 

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment