Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Cillian Murphy Sebagai Oppenheimer Dalam Poster Filem Terbaru Christopher Nolan


Universal telah mendedahkan poster terbaru Oppenheimer, filem yang dibarisi pelakon-pelakon bintang dari pengarah Inception, Christopher Nolan. Filem biografi drama ini dijadualkan tayangan di pawagam pada 21 Julai ini. 

Poster terbaru itu menyoroti Cillian Murphy sebagai J. Robert Oppenheimer, saintis Amerika yang terlibat dalam Projek Manhanttan, sebuah project untuk mencipta bom atom. 

Anda boleh lihat poster tersebut dibawah:

Oppenheimer bakal menampilkan Cillian Murphy sebagai saintis J. Robert Oppenheimer, dan dia akan dibantu pelakon-pelakon yang cukup hebat yang terdiri daripada Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Rami Malek, Kenneth Branagh, Dane DeHaan, Dylan Arnold, David Krumholtz, Alden Eherenreich, dan Matthew Modine.

Berdasarkan buku pemenang Hadiah Pulitzer tahun 2005 American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer, filem ini bakal menjadi satu lagi karya visual daripada Nolan.


Thriller epik yang dirakam dengan IMAX mendorong penonton ke dalam paradoks yang mendebarkan tentang lelaki misterius yang mesti mengambil risiko memusnahkan dunia untuk menyelamatkannya,” menurut logline


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Sekuel ’28 Days Later’ Kini Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee