Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Catat Kutipan Yang Memberangsangkan Pada Minggu Pembukaan Tayangan


Threequel terbaru Guardians of the Galaxy Vol. 3 arahan James Gunn berjaya menguasai carta box global pada minggu pembukannya apabila mencatat kutipan AS$114 juta di pasaran domestik AS dengan di pasaran global angkanya menjangkau shingga AS$282 juta, lapor Deadline.

Secara perbandingan, kutipan domestik filem terbaru ini adalah kedua tertinggi dengan filem kedua, Guardians of the Galaxy Vol. 2 mencatat kutipan AS$146.5 juta pada minggu pembukaan manakala filem pertama, yang ditayangkan pada 2014, merekodkan kutipan minggu yang sama sebanyak AS$94 juta. 

Sementara itu, filem animasi terbaru Universal/Illumination, The Super Mario Bros., terus menambah kantung kutipan tiket dengan pasaran domesti menambah kutipan sebanyak AS$18.6 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak AS$518.1 juta. Di pasaran, filem itu telah mengumpul AS$1.15 billion seluruh dunia. 

Akhir sekali, filem seram Evil Dead Rise menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi dalam francais Evil Dead. Filem tersebut telah mengumpul AS$54.1 juta selepas tiga minggu ditayangkan. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee