
Pengarah Oppenheimer Christopher Nolan telah lama menjadi pilihan peminat untuk mengarahkan filem James Bond, dan kini pembikin filem itu nampaknya menjadi saingan utama untuk mengentuai reboot francais tersebut susulan penamatan khidmat Daniel Craig sebagai 007.
Menurut World of Reel, penerbit francais Barbara Broccoli telah bertemu dengan Nolan untuk membincangan tentang pekara tersebut.
Perbincangan mereka telah berlaku sebelum mogok penulis dan lawatan media Oppenheimer bermula. Tetapi selepas itu, terutama sejak mogok bermula, perbincangan menjadi sedikit perlahan.
Walaupun Broccoli dan rakan penerbitnya Michael G. Wilson cenderung untuk terlibat secara langsung sewaktu proses pembangunan, Nolan mendesak agar kawalan kreatif diberikan kepadanya, dan tidak menghairankan jika kita meliha pengarah itu menulis lakon layar untuk filem terbaru Bond itu.
World of Reel juga menyebut bahawa Nolan mungkin mengarahkan dua filem, sekaligus mencadangkan bahawa mereka mempunyai rancangan besar untuk filem James Bond, sebelum francais itu beralih kepada pengarah lain dengan pelakon 007 yang berbeza.
Sekiranya perbincangan antara penerbit dan Nolan gagal, terdapat beberapa nama yang mungkin mengambil-alih tugas itu, dan mereka terdiri daripada Danny Boyle, Denis Villeneuve, dan Paul Greengrass.
Awal tahun ini, Nolan ada mengisyaratkan tentang potensi untuk mengarahkan filem James Bond, “Saya suka filem-filem itu [James Bond]. Filem-filem itu memberi pengaruh dalam filem-filem saya. Ia akan menjadi satu keistimewaan yang luar biasa jika dapat melakukannya.”
Setakat ini, penglibatan Nolan dalam filem James Bond masih belum diputuskan. Tetapi, agak menarik jika pembikin filem itu mengarahkan beberapa filem James Bond mengikut acuannya sendiri sepertimana yang dilakukannya pada trilogi The Dark Knight.