Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel ’28 Days Later’ Kini Sedang Dibangunkan


Selepas lebih dua dekad melepaskan wabak zombi, filem klasik seram moden 28 Days Later bakal mendapat sekuel baharu, atau mungkin juga trilogi sekuel.

Danny Boyle dan Alex Garland, pengarah dan penulis filem tahun 2002 itu, bersatu semula untuk filem 28 Years Later, sebuah filem ngeri zombi baharu yang dijangka akan melanda studio, penstrim dan pembeli berpotensi lain pada penghujung minggu ini, menurut pelbagai sumber. WME, yang mewakili Boyle dan Garland, akan mengeluarkan pakej dan mengendalikan jualan.

Francais itu telahpun memiliki sekuel yang bertajuk 28 Weeks Later, yang dikeluarkan pada 2007, dan kini mereka meletakkan harapan untuk melancarkan trilogi terbaru.

Boyle dilaporkan akan berkhidmat sebagai pengarah dengan Garland akan menulis kesemua tiga filem. Bajet untuk setiap filem dijangka sekitar AS$75 juta.

Kedua-dua mereka juga akan berkhidmat sebagai penerbit, bersama penerbit asal, Andrew Macdonald dan Peter Rice, bekas ketua Fox Searchlight Pictures.


Sebelum ini, Boyle dan Garland telah mengutarakan idea untuk sekuel baharu, dengan judulĀ 28 Months LaterĀ antara yang dibincangkan.

28 Days Later dibintangi Cillian Murphy, bintang terkenal Oppenheimer, sebagai seorang lelaki yang tersedar daripada koma selepas kemalangan basikal hanya untuk mendapati England kini sepi, keruntuhan pasca-apokaliptik, disebabkan virus yang mengubah mangsanya menjadi pembunuh yang mengamuk. Lelaki itu kemudian melayari landskap, bertemu dengan mangsa yang terselamat yang dimainkan oleh Naomie Harris dan seorang major Tentera yang gila, dimainkan oleh Christopher Eccleston.

Filem itu bukan sahaja mengejutkan penonton dan meraih keuntungan berganda, ia turut memberi kesan besar kepada genre seram zombi, dengan memberi gambaran baharu pada orang mati pemakan otak yang lebih ganas dan laju.

Filem itu, dan sekuelnya, juga tertumpu pada sifat wabak dan struktur rapuh masyrakat dalam senario jenis ini, topik yang bergema dalam dunia pasca 9/11. World War Z, Zombieland, The Walking Dead, dan pembuatan semula oleh Zack Snyder, Dawn of the Dead dan Army of the Dead baru-baru ini, semuanya mengikut laluan yang dibentuk 28 Days.

Secara berasingan, filem itu juga terus memacu kerjaya Boyle, yang menerajui Slumdog Millionaire dan 127 Hours, dan juga telah menaikkan nama Murphy dalam dunia perfileman dibeberapa tahun kemudian, dengan filem berprofil tinggi pertamanya adalah dengan Christopher Nolan menerusi filem Batman Begins.


Related posts

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Cillian Murphy Sebagai Oppenheimer Dalam Poster Filem Terbaru Christopher Nolan

Kakimuvee

Trailer “Oppenheimer” Pratonton Filem Epik Thriller Terbaru Christopher Nolan

Kakimuvee

Poster “Oppenheimer” Goda Tarikh Tayangan Filem Yang Diterajui Cillian Murphy

Kakimuvee

Peminat Kongsi Gambaran Cillian Murphy Sebagai Penjahat Fantastic Four, Doctor Doom

Kakimuvee

Oppenheimer: Pandangan Pertama Cillian Murphy Dalam Filem Biopik Terbaru Christopher Nolan

Kakimuvee