Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Christopher Nolan Berikan Sebab Kenapa Anda Harus Menonton Oppenheimer Di Pawagam IMAX


Christopher Nolan sangat terkenal dalam memberikan pengalaman sinematik yang cukup menganggumkan. Rahsianya, pengarah itu gemar merakam filem-filemnya dengan menggunakan format IMAX 70mm. Filem terbarunya yang akan datang, Oppenheimer, turut menggunakan format yang sama, sekaligus menjanjikan pengalaman sinematik yang tiada tandingannya.

Seorang pengguna TikTok, guywithamoviecamera, berkesempatan bertemu Christopher Nolan, dan mereka membincangkan kepentingan filem Oppenheimer dan pengalaman menonton filem tersebut dalam format IMAX. 

Dalam video tersebut, Nolan bercerita tentang format yang digunakan untuk merakam filem terbarunya itu seperti format konvensional 35mm. Sudah tentu, Nolan akan bercerita panjang lebar tentang format kegemarannya, iaitu IMAX 70mm. 

“Ia adalah format pengimejan kualiti tertinggi yang pernah dicipta,” ujar Nolan dalam video tersebut. 

“Ia memenuhi penglihatan persisian anda, ia membenamkan anda ke dalam imej. Kejelasan, kualiti..ia adalah standard emas. Ia paling hampir dalam menghasilkan semula dunia, cara mata anda melihatnya.” 


Dalam video itu juga, kita juga dapat melihat sekilas rakaman dari filem akan datang. Anda boleh lihatnya dibawah:

@guywithamoviecamera

wanna guess where I’ll be sat on July 21st?! πŸ‘€ #Oppenheimer #christophernolan #letterboxd @IMAX

♬ Au Revoir – Sweet After Tears

Dalam video yang berlainan, Nolan turut menujukkan gulungan filem Oppenheimer dalam format IMAX 70mm, dan satu gulungan tersebut berdurasi 3 jam 9 minit dan jika ia dipanjangkan, ia sejauh 11 batu. 

@guywithamoviecamera

that is 9,680 reece’s worth of film πŸŽžοΈβ€ΌοΈ #oppenheimer #christophernolan #letterboxd

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Oppenheimer menampilkan Cillian Murphy sebagai saintis J. Robert Oppenheimer, dan dia akan dibantu pelakon-pelakon yang cukup hebat yang terdiri daripada Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Rami Malek, Kenneth Branagh, Dane DeHaan, Dylan Arnold, David Krumholtz, Alden Eherenreich, dan Matthew Modine.

Berdasarkan buku pemenang Hadiah Pulitzer tahun 2005 American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer, filem ini bakal menjadi satu lagi karya visual daripada Nolan.

β€œThriller epik yang dirakam dengan IMAX mendorong penonton ke dalam paradoks yang mendebarkan tentang lelaki misterius yang mesti mengambil risiko memusnahkan dunia untuk menyelamatkannya,”menurut logline

Filem terbaru terbitan Universal Pictures itu akan menemui penonton pada 21 Julai ini.


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee