Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring


New Line Cinema telah mengeluarkan video terbaru The Nun 2.

Video tersebut menampilkan komen pencipta francais James Wan, pengarah Michale Chaves dan beberapa pelakon yang membincangkan kepulangan Valak. Filem terbaru ini dijadualkan tayangan di Malaysia pada 6 September ini.

Dalam video itu, Wan seolah-olah mengusik kaitan The Nun 2 dengan cerita utama francais, Conjuring, membayangkan detik bulatan penuh yang akan mengikat Valak dengan Warrens.

Featurette itu juga menawarkan butiran baharu kepada cerita itu termasuk pencarian berdarah biarawati syaitan, Valak, untuk mencari peninggalan purba yang akan menjadikannya lebih berkuasa. Gereja itu sekali lagi bergantung kepada Sister Irene Taissa Farmiga untuk sekali lagi menghentikan Valak sebelum ia terus membunuh paderi dan biarawati di seluruh Eropah.

Anda boleh tonton video temubual itu dibawah:


The Nun 2 diarahkan oleh Michael Chaves (The Curse of La Llorona, The Conjuring: The Devil Made Me Do It) berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Richard Naing dan Ian Goldberg. 

Menyertai Farmiga dalam sekuel akan datang adalah Jonas Bloquet dan Bonnie Aarons yang kembali meneruskan peranana sebagai Frenchie dan Valak. Pelakon lain terdiri daripada Storm Reid, Anna Popplewell dan Katelyn Rose Downey. 

“1956 – Perancis. Seorang paderi dibunuh. Kejahatan sedang merebak. Sekuel kepada filem popular di seluruh dunia THE NUN akan mengikuti kisah SISTER IRENE ketika dia sekali lagi berhadapan dengan kuasa syaitan VALAK – THE DEMON NUN”


Related posts

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Valak Melepaskan Mimpi Ngeri Dalam Teaser Terbaru The Nun 2

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee

Pelakon Suara Anime Jepun Kembali Ke Luatan Dalam Adaptasi Live-Action ‘One Piece’ Netflix

Kakimuvee