Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru


The Marvels bakal mengeluarkan versi digital, 4K dan Blu-ray tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, satu video babak dipotong dari filem arahan Nia DCosta itu telah dikeluarkan, memaparkan trio The Marvel melawat Planet Aladna.

Dalam babak tersebut, yang dimuatnaik oleh USA Today, memaparkan pertemuan Carol Danvers lakonan Brie Larson dan Prince Yan lakonan Park Seo-joon, membincangkan sebab penting pengembaraan mereka. Video itu juga turut menunjukkan Kamala Khan lakonan Iman Vellani, yang belajar untuk menyanyi semata-mata mahu berkomunikasi dengan penduduk Ladna.

Anda boleh tonton video tersebut dibawah:

Dilancarkan pada November 2023, filem itu akan meriliskan versi digital pada 16 Januari, disusuli versi 4K dan Blu-ray pada 13 Februari 2024. Beberapa babak bonus juga akan disertakan dalam versi tersebut, termasuklah video temubual, belakang tabir dan beberapa video babak yang dipotong.

The Marvels menyaksikan Brie Larson, Teyonah Parris dan Iman Vellani yang kembali mengulangi peranan masing-masing sebagai Carol Danvers, Monica Rambeau dan Kamala Khan.


urut menyertai barisan pelakon adalah Zawe Ashton, Gary Lewis, Seo-Jun Park, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Saagar Shaikh, and Samuel L. Jackson.

Nia DaCosta berkhidmat sebagai pengarah, dengan Kevin Feige sebagai penerbit. Lakon layar ditulis oleh Nia DaCosta, Megan McDonnell dan Elissa Karasik.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee