Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

8 Filem Korea Pelbagai Genre Yang Boleh Tonton Di Mubi


Unstoppable

Korea Selatan diakui sebagai salah satu negara yang mampu menghasilkan filem berkualiti. Selain para pelakon yang menjadi antara faktor utama dalam mempengaruhi penonton untuk menyaksikan sesebuah filem, jalan ceritanya juga sering membuat penonton tercengang kerana sering ada plot twist yang tidak disangka.

Jika anda peminat filem-filem Korea, pastikan anda menambah 8 buah filem Korea ini dalam senarai menonton anda.

1. The Prison (2017)

The Prison (2017)

Ekoran insiden meragut nyawa, Yu-gon (Kim Rae Won) bekas polis, dipenjarakan. Dia mendapat tahu bahawa seluruh penjara dikawal oleh sindiket jenayah yang keluar setiap malam untuk merompak dan menggunakan hukuman penjara sebagai alibi. Yu-gon menyertai sindiket untuk membalas dendam pada sistem pertahanan awam.

Filem sulung arahan pengarah Na Hyun ini sesungguhnya menggambarkan realiti kehidupan di dalam penjara dan mempersembahkan gaya naratif yang handal. The Prison tidak banyak dialog tapi kamera tepat menunjukkan setiap aksi, manakala Kim Rae-won dan Han Seok-Kyu yang membawa watak penjahat utama dalam filem ini memberi lakonan hebat yang berhak mendapat pujian.

2. Luck-Key (2016)

Luck-Key (2016)

Komedi tentang pembunuh upahan, Hyung Wook (Yoo Hae-Jin) yang mementingkan kesempurnaan, hilang ingatan apabila terhantuk kepala di sauna. Sementara itu, pelakon yang tiada kerja, Jae Sung (Lee Joon) tertukar kunci almari sauna dengannya, mereka bertukar kehidupan. Pembunuh upahan itu menjadi bintang aksi terkenal dan ingatannya mula pulih sedikit-sedikit.


Pengarah filem Korea Lee Gye-byeok mengadaptasi filem Jepun arahan Kenji Uchida, Key of Life (2012), tapi dengan tafsiran unik yang penuh dengan adegan aksi yang mendebarkan. Yoo Hae-Jin yang  memberikan lakonan cemerlang dalam komedi tentang kesilapan identiti dan hilang ingatan.

3. Mr Zoo: The Missing VIP (2020)

Mr Zoo: The Missing VIP (2020)

Tae-ju (Lee Sung Min) ialah ejen Keselamatan Negara yang paling handal dan juga pencinta haiwan. Dia tiba-tiba memperoleh kebolehan untuk bercakap dengan binatang ekoran suatu kemalangan yang dahsyat.

Lee Sung-min terkenal dengan drama subersif The Spy Gone North dan dia antara pelakon paling berbakat dan serba boleh di Korea. Dia pertama kali tampil sebagai watak lucu dalam filem, yang turut dibintangi pelakon handal seperti Kim Seo‑hyung, Kim So‑hyun dan Kal So‑won yang memberi suara kepada semua haiwan.

4. The Wrath (2018)

The Wrath

Lee Gyeong-jin, seorang penjawat awam berpangkat tinggi di Negeri Joseon, kehilangan 3 anak lelakinya yang mati akibat kejadian seram yang tak dapat dijelaskan. Menantunya yang mengandung anak ketiga mendapat tahu tentang roh jahat di kediaman mereka.

Ekoran kejayaan filem seram pejabat, The Wicked (2014), pengarah Yoo Young-sun mengarah versi baru filem seram klasik yang ditayang pada 1986. Seo Young-hee tampil dengan lakonan menakjubkan dalam sebuah karya tentang kisah seram balas dendam bercitra politik yang penuh dengan butiran terperinci dari zaman Joseon.

5. Love, Again (2019)

Setelah bercerai, Jo Hyun-woo (Kwon Sang Woo) akhirnya menjadi bujang semula seperti yang diidam-idamkan. Namun enam bulan kemudian, bekas isterinya Sun-young (Lee Jung Hyun) muncul lagi, kali ini sebagai kekasih Ahn Sang-chul (Lee Jong Hyuk), kawan lama Hyun-woo. Dia cuba untuk mengelakkan daripada bersemuka dengan bekas isterinya dan juga kawannya.

Filem romantik komedi arahan Park Yong Jib ini adalah filem yang sangat efektif, kerana selingan komedinya agak menghiburkan juga. Filem ini pada dasarnya tentang pasangan yang bercerai, di mana penceraian dianggap remeh, bercerai kerana menganggap pasangan menjengkelkan tetapi bagaimana jika sikap anda juga sebenarnya yang menjengkelkan dan patut muhasabah diri sendiri.

6. Unstoppable (2018)

Unstoppable

Dong-Chul (Ma Dong-Seok) dan Ji-Soo (Song Ji-Hyo) sudah berkahwin dan hidup bahagia. Dong-Chul dahulunya samseng yang terkenal tapi kini sudah kembali ke pangkuan jalan. Suatu hari, Dong-Chul balik rumah dan terkejut melihat rumahnya bersepah macam tongkang pecah dan isterinya pula hilang dari rumah.

Filem aksi thriller yang dipuji oleh para pengkritik sebagai siri Taken versi Korea mengisahkan tentang bekas samseng yang dah cuci tangan tetapi isterinya diculik dan dia menetapkan untuk mendapatkan isterinya kembali dengan apa jua cara sekalipun. Filem ini merupakan arahan sulung pengarah Kim Min-ho. Unstoppable mengandungi adegan aksi yang mendebarkan tetapi juga berjaya meruntun hati sanubari.

7. RV: Resurrected Victims (2017)

RV: Resurrected Victims

Kim Rae-won membawa watak Seo Jin-hong, pendakwa raya berhati dingin yang kehilangan ibunya (Kim Hae-sook) dalam suatu rompakan 7 tahun dahulu. Dia berkeras ingin mencari perompak yang mengakibatkan kematian ibunya.

Filem aksi thriller oleh penulis dan pengarah Korea, Kwak Kyung-taek yang paling terkenal dengan filem klasiknya Friend. RV diadaptasikan daripada novel 2012 “It Is Over” oleh Park Ha-ik. Filem tentang psikologi merumitkan dengan struktur yang kemas dan liku cerita yang mengejutkan.

8. Moby Dick (2011)

Moby Dick

Kejadian letupan misteri memusnahkan Jambatan Balam yang terletak di pinggiran Seoul dan menarik perhatian wartawan veteran Lee Bang-woo (Hwang Jeong-min) untuk membuat siasatan.

Filem ini ialah filem arahan sulung Park In-je, pemenang hadiah utama Festival Filem Genre Mise-en-Scene 2003. Cerita ini berlatarkan tahun 1994 berdasarkan kisah benar seorang anggota tentera Korea Selatan yang mengikuti percubaan seorang wartawan untuk menyiasat organisasi rahsia yang mengawal kerajaan. Filem ini menggambarkan perubahan sosial yang sedang berlaku di Korea Selatan ketika tahun itu.

Strim semua filem-filem hebat antarabangsa, termasuk dari Asia dan tempatan di perkhidmatan streaming Mubi. Nikmati tempoh percubaan selama 30 hari secara percuma dengan klik pautan ini, khusus untuk peminat-peminat filem dan juga pengikut Kakimuvee. 

(Klik pada tajuk untuk terus ke platform streaming filem berkenaan)


Related posts

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee