Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton


Filem misteri seram Korea, Sleep, telah menunjukkan prestasi baik di box office Korea. 

Sejak ditayangkan pada 6 September yang lalu, filem lakonan Jung Yu Mi dan Lee Sun Gyun, telah menguasai tempat pertama di box office Korea selama 12 hari berturut-turut. 

Pada 18 September, Majlis Filem Korea mengumumkan bahawa, Sleep secara rasmi telah mencapai sejumlah 1,031,009 penonton wayang—bermakna hanya mengambil masa 12 hari untuk mencapai 1 juta penonton.

Sleep mengisahkan sepasang suami isteri yang kehidupan mereka berubah apabila si suami berjalan sewaktu tidur dan berubah menjadi orang lain selepas gelap.

Perubahan sikap itu membuatkan isterinya menjadi ketakutan, dan lebih memburukan keadaan ia akan membahayakan bayi mereka yang baru lahir. 


Sleep diarahkan oleh Jason Yu, protege kepada pengarah terkenal Korea Selatan, Bong Joon-ho

Sumber: Soompi


Related posts

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Aksi Komedi Korea “Han River Police” Akan Debut Pada 13 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea “The Worst of Evil” Akan Tiba Pada 27 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee