Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru


Pelakon Lee Sun Bin, Kim Min Seok, Ryu Kyung Soo disahkan membintangi filem seram terbaru bertajuk Noise.

Pekara tersebut diumumkan syarikat penerbitan Studio FINECUT dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menurut Soompi.

Noise ialah filem seram tentang peristiwa yang berlaku kepada Joo Young (Lee Sun Bin) dan adik perempuannya Joo Hee (Han Soo Ah) selepas berpindah ke apartmen baharu. Pada suatu hari, Joo Hee hilang tanpa jejak dari apartmen, dan teman lelaki Joo Young dan Joo Hee, Ki Hoon (Kim Min Seok) menghadapi situasi yang mengerikan ketika mereka menggeledah apartmen untuk mencari Joo Hee serta punca bunyi yang mengganggu.

Lee Sun Bin, yang membintang beberapa drama seperti Okay Madam dan Mission Possible, akan memainkan peranan utama filem pertamanya sebagai Joo Young.

Manakala bintang Descendants of the Sun, Kim Min Seok akan memainkan peranan sebagai Ki Hoon, teman lelaki Joo Hee.


Jeon Ik Ryeong akan membawakan watak Jung In, yang mendedahkan rahsia penghuni apartmen, manakala Ryu Kyung Soo akan berperanan sebagai penghuni bilik 406, yang mengganas, Joo Young. Pelakon baru Han Soo Ah akan memainkan watak adik Joo Young Joo Hee, yang hilang.

Noise akan menjalani penggambaran pada 28 Oktober dan dijangka tayang pada pertengahan 2024.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee