Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Clint Barton Menggunakan Teknologi Stark Dalam TV Spot Terbaru ‘Hawkeye’

Hawkeye bakal menemui penonton di Disney+ Hotstar tidak lama lagi, dan sementara menantikan siri terbaru MCU itu, sebuah TV Spot terbaru telah didedahkan kepada umum. 

Terdapat beberapa rakaman baru telah didedahkan dalam tv spot terbaru, tetapi perkara utama yang utama adalah Clint Barton menggunakan ‘Stark Tech’ untuk mencipta sesuatu yang kelihatan seperti anak panah muslihat. 

Clint telah menunjukkan banyak aksi hebatnya dalam Marvel Cinematic Universe sejak debutnya dalam Thor pada 2011. Siri Disney+ ini akan meneroka lebih banyak mengenai kemampuannya sebagai wira. Walaupun siri tersebut seperti menetapkan jalan cerita mengenai Kate Bishop yang akan mengambil alih mantel, kita berharap ia tidak menandakan penamat untuk Hawkeye yang asal. 

Review embargo Hawkeye akan tamat pada 23 November ini, dan sementara menantikan reaksi kami mengenai siri Hawkeye, mari kita lihat tv spot terbaru dibawah:

“Hawkeye, siri asli terbaru Marvel Studios, ditetapkan ‘pasca-blip’ Kota New York di mana bekas Avengers, Clint Barton aka Hawkeye (Jeremy Renner) mempunyai misi yang nampaknya sederhana: kembali ke keluarganya untuk Krismas. Tetapi, ketika ancaman dari masa lalunya muncul, Hawkeye terpaksa bekerjasama dengan Kate Bishop (Hailee Steinfeld), seorang pemanah mahir berusia 22 tahun dan peminat terbesarnya, untuk mengungkap konspirasi jenayah.”

Menyertai barisan pelakon adalah pendatang baru MCU yang terdiri daripada Vera Farmiga, Fra Fee, Alaqua Cox, Tony Dalton, Zahn McClarnon, dan Brian d’Arcy James. Florence Pugh, yang telah membuat debut sebagai Yelena Belova dalam Black Widow, dilaporkan bersedia untuk muncul dalam siri akan datang. 

Hawkeye akan ditayangkan pada 24 November ini, hanya di Disney+ Hotstar.

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Leave a Comment