Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar ‘BTS’ Guardians of the Galaxy Vol. 3 Sahkan Kepulangan Sylvester Stallone

Menerusi perkongsian di media sosial Instagram, pelakon aksi veteran Sylvester Stallone mengesahkan bahawa dia akan kembali sebagai kapten Ravager Stakar Ogord dalam Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang akan datang.

Ogord kali terakhir dilihat peminat MCU semasa upacara pengembumian Yondu yang tidak dapat dilupakan dan juga semasa adegan pertengahan kredit. Penggambaran filem ketiga Guandians of the Galaxy itu kini sedang kiat dijalankan dan akan ditayangkan dipawagam pada 5 Mei 2023. 

Guardians of the Galaxy Vol. 3 sekali lagi ditulis dan diarahkan oleh James Gunn. Ia menampilkan kepulangan Chris Pratt, Zoe Saldaña, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper dan Vin Diesel. Kesemua mereka akan mengulangi peranan masing-masing sebagai Star-Lord, Gamora, Drax, Kraglin, Nebula, Mantis, Roket, dan Groot.

Butiran plot tentang Guardians of the Galaxy Vol. 3 masih belum didedahkan, tetapi ia mungkin melibatkan pencarian Gamora yang hilang secara tiba-tiba selepas Thonas ditewaskan dalam peristiwa Avengers: Endgame. Gunn juga sebelum ini mengesahkan bahawa karakter Rocket, lakonan Bradley Cooper, akan memainkan peranan besar dalam threequel yang akan datang

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment