Tahukah anda terdapat sesetengan filem Hollywood berdasarkan kisah sebenar dan juga hasil olahan dari kisah – kisah yang lain dan dijadikan satu filem untuk kita tonton. Dibawah kami ingin kongsikan filem – filem seram dan thriller yang dihasil berdasarkan dari kisah benar.
1. Silence of The Lambs (1991)
Filem thriller ini dihasilkan pada tahun 1991. Arahan Johanthan Demme dan dibintangi oleh Jodie Foster, Anthony Hopkins dan Scott Glenn. Diadaptasikan dari Novel Silence of The Lambs tulisan Thomas Harris yang diterbitkan pada 1988.
Watak Buffalo Bill dalam filem ini diambil dari kisah seorang pembunuh bersiri yang sakit jiwa, Ted Bundy. Seperti Bill, Bundy juga akan membuat dirinya seperti tercedera untuk menarik wanita sebelum menculik dan membunuh wanita berkenaan.
2. Psycho (1960)
Filem seram, psychology ini diarahkan olehĀ Alfred Hitchcock,Ā lakonanĀ Anthony Perkins, Vera Miles, John Gavin, danĀ Janet Leigh. Berdasarkan kisah benar pembunuhan di Wisconsin.
Karakter Norman Bates yang suka membunuh wanita ialah berdasarkan pembunuh siri di Amerika bernama Ed Gein. Pada tahun 1950an, Gein akan melawat tanah perkuburan dan akan menggali mayat yang menyerupai ibunya.
3. Dracula
Dracula adalah karater yang paling kerap dijadikan filem dan kebanyakkan filem – filem yang berkisarkan seram dan hantu. Hakikatnya, Dracula adalah pemerintah Romania yang paling kejam sekali di dunia.
Dracula yang sebenarnya ialah Putera Romania bernama Vlad the Impaler. Vlad akan menyucuk mangsa dengan pancang sehingga organ penting mangsa berlubang. Ini menyebabkan mangsanya akan mengalami kematian yang perlahan dan menyeksakan.
Antara filem yang mengunakan karakter Dracula ialah, Dracula Untold, Bram Stoker’s Dracula (1992) dan lain – lain.
4. The Girl Next Door (2007)
Filem The Girl Next Door (atau dikenali juga sebagai filemĀ Jack Ketchum’s The Girl Next Door) adalah filem seram yang diadaptasikan dari kisah benar penyeksaanĀ Sylvia Likens olehĀ Gertrude BaniszewskiĀ semasa musim panas pada tahun 1965.
Kisah ini berdasarkan kisah Gertrude Baniszewski yang telah mengikat Sylvia Wilkens di rumahnya pada tahun 1965. Gertrude kemudian memukul, membakar dan membiarkan Sylvia kelaparan sehinggalah Sylvia mati.
5. The Conjuring (2013)
Filem Conjuring ini mengambil daripada kisah benar yang mana sebuah rumah yang berhantu di Rhode Island pada tahun 1970an. Penyiasat paranormal terkenal Ed & Lorraine Warren mendakwa roh jahat muncul di rumah berkenaan pada setiap hari pada waktu 5.15 pagi.
Banyak kejadian yang menakutkan terjadi kepada keluarga tersebut. Roh Batsheba Sherman yang dikatakan mengganggu keluarga Perron dikatakan sebagai seorang yang mengamalkan ilmu hitam.
Filem ini Conjuring antara filem – filem seram yang mendapat BoxOffice.
6. Open Water (2003)
Filem Open Water berdasarkah kisah benar pasangan Tom dan Eileen Lonergan yang terdampar di lautan berdekatan Great Barrier Reef. Bot yang mereka naiki semasa menyelam telah meninggalkan mereka tanpa sengaja. Mereka berdua tidak dapat dijumpai walaupun usaha besar-besaran mencari mereka dilancarkan.
Filem ini menelan kos pembikinan sebanyak AS$130,000 tetapi berjaya mendapat kutipan sebanyak AS$55 juta. Menjadikan filem berdasarkan kisah benar yang paling berjaya sekali.
7. Amityville Horror (1979)
Filem Amityville Horror mengambil kisah mengenai pasangan yang baru berkahwin iaitu George dan Kathy Lutz. Mereka mendapat tahu rumah yang mereka beli dengan murah iaitu āHigh Hopesā sebenarnya berhantu.
Mereka berpindah kesitu 13 bulan selepas pemilik sebelumnya Robert DeFeo Jr membunuh 6 ahli keluarganya. Setelah 28 hari tinggal di rumah berkenaan, pasangan Lutz akhirnya berpindah kerana tidak tahan diganggu.
8. The Hills Have Eyes (1977/2006)
Filem ini dihasilkan pada tahun 1977 dan remake pada tahun 2006.Ā Filem diadaptasikan dariĀ sebuah kisah dimana terdapat satu kaum kanibal di Scotland yang tinggal di sebuah gua yang telah memakan lebih 1,000 orang manusia pada tahun 1700. Tetapi mereka mengubahnya menjadi filem ini lebih kepada fiksyen seram.
Filem ini berkisah sebuah keluarga yang telah diserang oleh āmutantā ketika merekaĀ tersangkut di tengah padang pasir.
9. The Exorcism of Emily Rose (2005)
Filem ArahanĀ Scott Derrickson dan lakonanĀ Laura LinneyĀ danĀ Tom Wilkinson adalah kisah seqeul selepas kematian Emily Rose akibat dirasuk. Filem ini lebih kepada perbicaraan paderi yang cuba menyelamatkan Emily dari dirasuk dan flashback ketika kejadian.
Filem ini mengambil kisah remaja 17 tahun Anneliese Michel yang dikatakan telah dirasuk oleh syaitan pada tahun 1968. Anneliese dilaporkan sering berkelakuan menyalak seperti anjing. DalamĀ upacara menghalau syaitan, Anneliese Michel telah maut akibat dirasuk. Salah satu babak dalam filem berkenaan dikatakan merupakan rakaman asal ketika upacara menghalau syaitan yang dilakukan oleh paderi.
10. Childās Play (1988)
Filem Child’s Play ini diadaptasikan dari 3 penjenayah terkenal Amerika pada waktu itu iaituĀ Charles Manson, Lee Harvey Oswald, danĀ James Earl Ray. Hasil gabungan 3 penjenayah kejam itu menjadikan nama sebenar Chucky Charles Lee Ray.