Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Conjuring 4 Mungkin Akan Menjadi Filem Terakhir Francais – James Wan


Dua bulan selepas New Line Cinema dilaporkan membangunkan ansuran keempat siri The Conjuring, pencipta francais, James Wan akhirnya mendedahkan kemaskini projek itu. 

Bercakap dengan Collider, Wan telah mengesahkan bahawa mereka sedang meluangkan masa untuk mencari cerita yang sesuai untuk The Conjuring 4, terutamanya apabila ia berpotensi menamatkan francais seram blockbuster itu.

“Ya, kami sedang mengusahakannya sekarang. Dengan filem Conjuring, kami sangat menghargai [mereka],” kata Wan.

“Oleh itu, kami hanya mahu meluangkan masa untuk memastikan kami melakukannya dengan betul dan memastikan emosi cerita Warren yang ingin kami ceritakan, dan bergerak ke dalamnya, dan berpotensi mengakhirinya. Kami hanya ingin memastikan bahawa ia adalah perkara yang betul, cerita yang betul yang kami ceritakan.”

Sementara itu, Wan tidak menjelaskan masa depan francais. Ketika ditanya mengenai pekara tersebut, Wan hanya menjawab, “Kami tidak pernah tahu. Anda tidak pernah tahu. Kita akan lihat.”


The Conjuring 4 sekali lagi akan ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick, yang sebelum ini telah menulis lakon layar untuk dua ansuran terakhir.

James Wan dan Peter Safran sekali lagi bertindak sebagai penerbit, dengan bintang francais Patrick Wilson dan Vera Farmiga juga dijangka akan memainkan semula peranan mereka sebagai penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren.


Related posts

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

Valak Melepaskan Mimpi Ngeri Dalam Teaser Terbaru The Nun 2

Kakimuvee

Versi Digital ‘Evil Dead Rise’ Kini Tersedia Di Perkhidmatan VOD

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Evil Dead Rise” Beri Pandangan Pertama Watak Utama

Kakimuvee

“The Nun 2” Bersedia Untuk Menghantui Penonton Pada Musim Halloween Tahun Hadapan

Kakimuvee

Disney+ Bangunkan Siri Aksi-Langsung King Kong, James Wan Akan Jadi Penerbit

Kakimuvee